Wednesday, May 18, 2011

Cerah Subuh di Langit Merbok

Alhamdulillah...setelah melalui perjalanan beberapa hari selepas tamat exam semester 4..saya akhirnya tiba di Merbok, Kedah...(walaupun keluar dari Nilai awal..tapi ada beberapa tempat yang dituju..menyebabkan perjalanan ke Kedah tertunda beberapa waktu)

ia bukanlah tanah tumpah kelahiran saya..tapi...di sini adalah tempat jatuh bangun saya yang akan sentiasa menjadi tempat terindah sepanjang hayat...mana mungkin ia dapat dihilangkan dari memori ini. walau pun di sana terdapat sakit, pedih dan segala rasa yang membawa pergi keceriaan...tapi..di sana juga ada warna-warna ceria yang mengindahkan hidup saya.

saya mencintai tempat ini bukan hanya kerana di sini tempat beradu sang bonda di alam baqa'...bukan hanya kerana di sini tempat pertama mengenal cinta...tapi...di sinilah tempat yang mengajar saya erti hidup sebenar...menghargai sekeliling sebagai ilmu dan tempat menyemai amal..yang buah tuaian nya adalah syurga...

mengajar saya melihat sesuatu dengan berfikir, lalu setelah puas berfikir, membalikkan setiap indah ciptaan kepada ALLAH semata...

setelah lama tidak pulang..saya akhirnya melihat langit merbok awal pagi tadi...belum pun subuh dikumandangkan, saya memerhati cerah langit sepanjang perjalanan dari bandar ke kampung. SubhanAllah...sungguh indah,

walaupun merbok tidak semeriah dahulu, tapi merbok tetap di hati saya. takkan pernah berubah kedudukannya. langit cerah nan indah subuh hari ini mengingatkan saya kepada subuh beberapa waktu yang lalu.

dulu, merbok masih dilitupi pohon-pohon rendang yang meneduhkan. pembangunan seimbang, menjadikan suhu yang sungguh damai buat merbok. subuh merbok dalam gelap pekat, sejuk hingga ke tulang, dan adakala kami mengalami pengalaman bercakap sambil keluar asap dari mulut...bagaikan berada di musim salji negeri empat musim.

subuh merbok damai dengan bau rumput segar, sering saya mengumpul bunga-bunga durian yang memutih di halaman ketika musimnya. walau ia tidak wangi, tapi, sekurang-kurangnya ia menghiburkan hati si kembar, dua puteri sinar rumah kami.


tapi, dalam langit pekat itulah, dihujung dapur, sesosok tubuh bekerja keras menyiapkan nasi lemak, dibungkus untuk di hantar ke kedai-kedai kopi. dalam sibuk tangannya bekerja, telinga mendengar siaran agama di radio, tapi mulutnya bising membangunkan anak-anak untuk solat subuh, ke sekolah, sambil lalu menghantar nasi lemak ke kedai-kedai.

dalam remang subuh yang pekat dan sejuk itu, mak x pernah lalai dari mengerjakan tahajud setiap sebelum memulakan pekerjaannya. setiap kali kami terjaga di hari menjelang subuh, mak berada di sejadah, dengan Al Quran dan buku-buku doanya. jika tidak, mak pasti didapur, menyiapkan nasi lemak untuk dijual...

lalu, kerana itu, sehingga kini saya masih tidak menemui jawapan, mengapa selalu ada jawapan dari mulut mereka yang melakukan pekerjaan yang tidak enak dipandang dan didengar, untuk membesarkan anak-anak, hanya kerana tidak tahu apa lagi pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan....

kerana, mak menggunakan segala kudrat yang ada, membesarkan kami, tanpa pernah sedikit pun melanggari syariat ALLAH. bahkan, mak mampu memberikan kami pendidikan dan kasih sayang...tiada pengabaian...

bahkan langit Merbok menjadi saksi, akan segala tindakannya membesarkan kami...bangun di tengah-tengah malam hari demi memberikan rezeki yang halal ke perut kami, memasakkan makanan untuk kami ke sekolah, dengan air basuhan diiring zikrullah, agar nanti kami belajar di sekolah untuk mengingati ALLAH...

"Ya Allah, langkahnya hiasan terindah
Memeluk kami tenang ketika gundah
Dia meminjamkan wajah
Untuk kami tatap ketika senang dan susah
Senyum nya tak pernah payah
Kerana
Dia tahu, hanya itu ubat untuk kami
Anak pejuang, jauh dari ayah

Katanya, ayah seorang pejuang
Maka, kerana itu, mak berjuang
Membesarkan kami, dalam perjuangan
Tersendiri,
Agar nanti, kami mengerti
Bahawa hidup adalah perjuangan
Dalam perjalanan menuju Tuhan..."

moga ALLAH berkati dia di alam sana, moga ALLAH rahmati dia dengan keampunanNya,
moga ALLAH menempatkannya bersama wanita-wanita dan bidadari syurgaNya,

moga ALLAH mengira tiap didikannya dan kata putusnya buat kami sebagai amalnya yang tidak terperi, moga ALLAH melihat saat dia berfikir untuk pulang ke Merbok,
demi membesarkan kami, sebagai penunjuk jalan kami ke syurgaMu...
pembimbing kami diseluruh hidupku...

cerah subuh di langit merbok, indah yang bukan mudah untuk ditelah, padanya menyimpan seribu erti yang takkan mampu diluah, kerana hidup ini adalah tuah, dalam rahsia ALLAH.....

2 comments:

lillah أم هريرة said...

:')

Fikrah Anissa said...

;) smile utk lillah jgk...tq 4 ur support...nk belajar menulis cm lillah jugak... ;) sharing is caring rite..?

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!