Wednesday, May 25, 2011

Jangan Putuskan Ia....


Assalamualaikum,

beberapa hari berada di kampung, memang sangat indah. tempat ni, merupakan bumi tarbiyah. membina kemanusiaan saya, agar menjadi manusia.

bukan sekadar kerana ianya tempat bersemadi arwah bonda, saya pulang mengisi hari-hari disini bukan untuk bersedih mengenang memori bersama bonda, tapi saya mengisi hari-hari disini dengan gembira, menunaikan amanatnya.

"Anak yang soleh itu, menyambung silaturrahim ibu bapanya, " kata mak, lama dulu, ketika dia masih sihat. malah, pesan yang sama masih berulang pada saat hujung harinya. mak rajin menziarahi saudara dan sahabat. di mana-mana mak punya ramai kawan. mak mudah mesra dan cepat mendapat kawan.

bukan sekadar kawan seIslam, tapi tauke-tauke cina pun kenal dengan mak. malah mengenal saya sebagai anaknya. mak selalu ke kedai mereka untuk mencari kain untuk membuat telekung. telekung yang cantik itu dijual, dengannya kami kenyang dengan makanan fizikal dan rohani. kerana, bukan sekadar telekung itu untuk dijual, bahkan memang ada telekung-telekung cantik yang memang mak buat khusus untuk kegunaan dirumah.

kata mak, ini bukan untuk pembaziran, mak buat lebih untuk dirumah, supaya kita dapat selalu basuh dan ganti dengan yang lain, kerana solat perlu pada pakaian yang paling bersih. untuk menghadap ALLAH, Yang Maha Pencinta, mana mungkin kita memakai yang buruk dan busuk menghadapNya?

dan lagi, kita mesti mempunyai telekung lebih di rumah, kerana, jika ada tetamu berziarah, kita perlu memuliakan mereka, bahkan lebih mulia dengan memberinya guna telekung yang bersih dan wangi ketika menghadap Sang Pencinta, kerana, kita pasti cintakan tetamu kita...kan? sebab, tetamu itu adalah kawan dan sahabat kita, mereka datang membawa rahmat kepada kita, bahkan perginya mereka dari kita membawa pergi dosa-dosa, jika kita memberi layanan yang baik....

mahukan rahmat yang banyak untuk kita? mahukan dosa kita dihapus oleh ALLAH? lalu, bersilaturrahim lah....! itu kuncinya !....SILATURRAHIM......menghubung kan persaudaraan dengan siapa saja, tanpa ada syarat...kerana ALLAH pasti membalas setiap kebaikan dan keburukan walau sebesar zarrah...!

mudah sungguh prinsip hidup mak. maka, kami tak pernah hairan jika mak selalu keluar menghadiri jemputan syarahan agama, jemputan memimpin kelompok bacaan Yasin, berziarah bukan hanya pada saat sahabatnya sakit...malah ketika sihat...mak bagaikan punya masa lebih dari 24 jam untuk melakukan semua ini.

malamnya mak bangun di malam2 hari untuk solat, membaca, dan mengeluarkan kudratnya mencari rezeki....siang pula aktivitinya penuh, dan selalu berada di luar rumah....namun...kami tetap dihidangkan makanan dengan sajian air tangannya....ntah di mana masa untuk mak mendapatkan tidur yang cukup,selalu saya berfikir....

mengingatkan semua ini, saya mengisi hari-hari di kampung dengan menziarahi sahabat-sahabat mak....sedar diri, bahawa saya sudah agak lama tidak pulang ke kampung, bila mana, ada sahabat-sahabat mak yang berada dalam sangat uzur, sejak hari pertama dikampung, saya bertemu sahabatnya, yang sama-sama aktif dalam jemaah, perlu menampung tangan kiri ke tangan kanannya, pada waktu saya ingin bersalam dengannya...

ALLAH.....

Mak Long, sahabat mak yang sangat baik....sedang keuzuran, sakit kerana kesan kemalangan yang lama, kembali menyerang kesihatan....

ALLAH....saya mendengar sayu...melihat dari jauh...
apa yang saya mampu bantu mereka ketika ini? melainkan doa yang terbaik, agar mereka terus diberi kesihatan oleh ALLAH...

beberapa hari saya sangat mengingati sorang lagi sahabat mak, Mak Lang Munah, dia bukan hanya sahabat utk mak, malah bagaikan ibu buatnya...selalu ada di sisi mak pada saat susah dan senang...

saya usahakan juga ke rumahnya, walau hari telah menjangkau malam. kerana hati saya sangat ingin tahu khabarnya. seperti kebiasaan, mak selalu ke sana dengan sedikit bekal. saya juga membawa bekal ke sana....

saya hampir menitiskan air mata, di ruang rumah Lang Munah, terbaring seseorang, hati saya berdebar, apakah itu Lang Munah? tapi, alhamdulillah, di hujung penjuru rumah, saya lihat Lang Munah sedang melipat telekungnya. lalu, saya segera melihat siapa yang terbaring?

rupa2nya Long, kakak kepada Lang Munah....Long sedang sangat uzur...kena serangan strok 3 bulan yang lalu. selama itulah, sehingga sekarang Long dalam jagaan Lang Munah...Long hanya berbaring, tidak mampu bangun untuk duduk sekalipun, tanpa bantuan orang lain....cakapnya tidak lagi jelas....tapi, alhamdulillah, telinganya masih jelas mendengar, mata masih jelas melihat...namun adakala, Long nyanyuk, seperti keanak-anakan...

x tahu apa yang ingin di ucapkan....saya hanya mampu melihat simpati, sebak...
Lang Munah bagaikan sebahagian dari keluarga saya sendiri...

saya masih ingat, Lang Munah mengayuh basikalnya setiap hari semata-mata ingin menjenguk keadaan mak, ketika mana mak di timpa musibah, jatuh di simpang jalan lalu tidak dapat berjalan....

dalam tempoh hampir 2 tahun, mak dengan semangat yang tinggi boleh berjalan kembali, tanpa tongkat atau bantuan sesiapa, walau pun tidak seperti dulu...

dan, ketika Lang Munah pula tidak sihat, tidak mampu berjalan, mak setiap petang akan 'memaksa' antara kami adik beradik untuk membawanya menziarahi Lang Munah. mak akan membawakan buah tangan, dan bersedekah kepada Lang, walau sedikit, walau di saat kami sekeluarga juga menghadapi krisis kewangan yang teruk....

kata mak, bersedekah, jangan tunggu hanya waktu kaya...
bersedekah di waktu tidak ada lebih berharga....

dan, ALLAH memperlihatkan kepada kami kuasaNya....
mak tidak pernah kehabisan rezekinya, bersedekah, dan dalam masa yang sama dapat menyediakan kami makanan yang berkhasiat lagi berkat dari tangannya...

kerana itu, mana mungkin dapat saya lupakan pesan bonda,
sampaikanlah silaturrahim ayah bondamu....jangan putuskan ia....

Akulah Ar-Raihul Ahmar ………..

Arwah atok ku dan dua orang sahabatnya pernah menceritakan kepada ku satu kisah …. Akan hukuman dan seksaan yang ALLAH datangkan kepada manusia yang merampas hak-NYA … Kisahnya bermula di zaman Nabi Sulaiman AS ……………

Suatu ketika …. Tatkala Nabi Sulaiman AS sedang bersedia untuk menerima hamba rakyat dibawah jajahannya mengadap. Telah terdetik di hatinya …. Apakah ada makhluk lain yang mampu merajai segala makhluk, sama ada manusia, jin, haiwan, angin, api, air dan tumbuh-tumbuhan seperti aku ? … Sebaik sahaja detik hatinya berkahir …. Seketika itu juga muncul satu lembaga seperti manusia yang besar, gagah, hebat dan garang di hadapannya. Terkejut Nabi Sulaiman AS dengan kemunculan makhluk itu yang merenung tajam ke arahnya … Menggeletar seluruh anggota dan gementar hati Nabi Sulaiman AS. Lalu Nabi Sulaiman AS bertanya … Siapakah kamu ?

Pertanyaan Nabi Sulaiman AS itu dijawab dengan tegas dan kasar sambil renungan matanya yang tajam tepat kea rah Nabi Sulaiman AS …. AKULAH AR RAIHUL AHMAR. Akulah ibu kepada segala penyakit yang mudarat. Aku ditugaskan untuk mendatangkan penyakit yang mudarat dan sukar disembuhkan. Hampir-hampir saja aku menjangkiti mu atas lintasan hati mu yang menyuruh mu bersifat ujub dan riya’. Aku diberi kuasa oleh ALLAH untuk mendatangkan penyakit yang sukar ditemui penawarnya. Aku mampu meresap ke dalam urat saraf dan aliran darah. Aku juga mampu meresap ke dalam otak hingga menyebabkan seseorang itu gila …………..

Nabi Sulaiman AS segera memerintahkan segala bala tenteranya dari golongan manusia dan jin untuk memerangi dan memusnahkan Ar Raihul Ahmar. Namun usaha Nabi Sulaiman AS itu hanyalah sia-sia. Segala bala tentera Nabi Sulaiman AS dari golngan jin dan amnesia tertewas dengan mudah oleh Ar Raihul Ahmar. Dek kerana kemenangannya ke atas bala tentera Nabi Sulaiman AS, Ar Raihul Ahmar berpaling kepada Nabi Sulaiman AS sambil memijak jasad-jasad tentera yang terkorban seraya berkata …. Tiada siapa makhlk yang mampu membunuh ku. Aku diutus sebagai menghukum manusia yang ujub, riya’ dan takabbur. Hampir-hampir sahaja aku meragut keistimewaan mu kerana lintasan sifat ujub di hati mu. Andainya engkau berlaku ujub, riya’ dan takbur, ingatlah bahawa engkau pastinya menjadi habuan ku ………. Sejurus itu Ar Raihul Ahmar hilang dari pandangan. Nabi Sulaiman AS terus sujud syukur kerana terselamat dari lintasan mazmumah yang mendorongnya untuk berlaku ujub, riya’ dan takabbur.

Ulas arwah atok ku dan dua sahabatnya … jauhilah sifat ujub, riya’ dan takabbur kerana Al Raihul Ahmar ditugaskan untuk mendatangkan seksaan di dunia sebelum menerima azab di akhirat.

Di zaman Rasulullah SAW, Saidina Hassan Bin Ali pernah hampir-hampir diserang oleh Ar Raihul Ahmar yang mengakibatkan segala rongga-rongganya berdarah. Pada saat itu Jibril muncul di hadapan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya sama ada terdapat penawar bagi penyakit Saiyidina Hassan ? Lalu Jibril ghaib dan muncul semula bersama satu doa yang amat mustajab dalam merawat Ar Raihul Ahmar…..

Sebagai menuruti sunnah Rasulullah SAW, marilah kita berusaha membaca dan mengamalkan doa bagi mengelakkan angin ahmar walau sekali seumur hidup. Sesungguhnya penyakit angina ahmar (Ar Raihul Ahmar) adalah penyakit yang amat sukar diubati.

Semoga kita berusaha menjauhi sifat ujub, riya’ dan takabbur agar kita terhindar dari penyakit angin ahmar …………..


share dari : En. Mat Taiko (http://www.facebook.com/notes/mat-taiko/akulah-ar-raihul-ahmar-/10150216344735769?ref=notif&notif_t=note_tag )

Wednesday, May 18, 2011

Cerah Subuh di Langit Merbok

Alhamdulillah...setelah melalui perjalanan beberapa hari selepas tamat exam semester 4..saya akhirnya tiba di Merbok, Kedah...(walaupun keluar dari Nilai awal..tapi ada beberapa tempat yang dituju..menyebabkan perjalanan ke Kedah tertunda beberapa waktu)

ia bukanlah tanah tumpah kelahiran saya..tapi...di sini adalah tempat jatuh bangun saya yang akan sentiasa menjadi tempat terindah sepanjang hayat...mana mungkin ia dapat dihilangkan dari memori ini. walau pun di sana terdapat sakit, pedih dan segala rasa yang membawa pergi keceriaan...tapi..di sana juga ada warna-warna ceria yang mengindahkan hidup saya.

saya mencintai tempat ini bukan hanya kerana di sini tempat beradu sang bonda di alam baqa'...bukan hanya kerana di sini tempat pertama mengenal cinta...tapi...di sinilah tempat yang mengajar saya erti hidup sebenar...menghargai sekeliling sebagai ilmu dan tempat menyemai amal..yang buah tuaian nya adalah syurga...

mengajar saya melihat sesuatu dengan berfikir, lalu setelah puas berfikir, membalikkan setiap indah ciptaan kepada ALLAH semata...

setelah lama tidak pulang..saya akhirnya melihat langit merbok awal pagi tadi...belum pun subuh dikumandangkan, saya memerhati cerah langit sepanjang perjalanan dari bandar ke kampung. SubhanAllah...sungguh indah,

walaupun merbok tidak semeriah dahulu, tapi merbok tetap di hati saya. takkan pernah berubah kedudukannya. langit cerah nan indah subuh hari ini mengingatkan saya kepada subuh beberapa waktu yang lalu.

dulu, merbok masih dilitupi pohon-pohon rendang yang meneduhkan. pembangunan seimbang, menjadikan suhu yang sungguh damai buat merbok. subuh merbok dalam gelap pekat, sejuk hingga ke tulang, dan adakala kami mengalami pengalaman bercakap sambil keluar asap dari mulut...bagaikan berada di musim salji negeri empat musim.

subuh merbok damai dengan bau rumput segar, sering saya mengumpul bunga-bunga durian yang memutih di halaman ketika musimnya. walau ia tidak wangi, tapi, sekurang-kurangnya ia menghiburkan hati si kembar, dua puteri sinar rumah kami.


tapi, dalam langit pekat itulah, dihujung dapur, sesosok tubuh bekerja keras menyiapkan nasi lemak, dibungkus untuk di hantar ke kedai-kedai kopi. dalam sibuk tangannya bekerja, telinga mendengar siaran agama di radio, tapi mulutnya bising membangunkan anak-anak untuk solat subuh, ke sekolah, sambil lalu menghantar nasi lemak ke kedai-kedai.

dalam remang subuh yang pekat dan sejuk itu, mak x pernah lalai dari mengerjakan tahajud setiap sebelum memulakan pekerjaannya. setiap kali kami terjaga di hari menjelang subuh, mak berada di sejadah, dengan Al Quran dan buku-buku doanya. jika tidak, mak pasti didapur, menyiapkan nasi lemak untuk dijual...

lalu, kerana itu, sehingga kini saya masih tidak menemui jawapan, mengapa selalu ada jawapan dari mulut mereka yang melakukan pekerjaan yang tidak enak dipandang dan didengar, untuk membesarkan anak-anak, hanya kerana tidak tahu apa lagi pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan....

kerana, mak menggunakan segala kudrat yang ada, membesarkan kami, tanpa pernah sedikit pun melanggari syariat ALLAH. bahkan, mak mampu memberikan kami pendidikan dan kasih sayang...tiada pengabaian...

bahkan langit Merbok menjadi saksi, akan segala tindakannya membesarkan kami...bangun di tengah-tengah malam hari demi memberikan rezeki yang halal ke perut kami, memasakkan makanan untuk kami ke sekolah, dengan air basuhan diiring zikrullah, agar nanti kami belajar di sekolah untuk mengingati ALLAH...

"Ya Allah, langkahnya hiasan terindah
Memeluk kami tenang ketika gundah
Dia meminjamkan wajah
Untuk kami tatap ketika senang dan susah
Senyum nya tak pernah payah
Kerana
Dia tahu, hanya itu ubat untuk kami
Anak pejuang, jauh dari ayah

Katanya, ayah seorang pejuang
Maka, kerana itu, mak berjuang
Membesarkan kami, dalam perjuangan
Tersendiri,
Agar nanti, kami mengerti
Bahawa hidup adalah perjuangan
Dalam perjalanan menuju Tuhan..."

moga ALLAH berkati dia di alam sana, moga ALLAH rahmati dia dengan keampunanNya,
moga ALLAH menempatkannya bersama wanita-wanita dan bidadari syurgaNya,

moga ALLAH mengira tiap didikannya dan kata putusnya buat kami sebagai amalnya yang tidak terperi, moga ALLAH melihat saat dia berfikir untuk pulang ke Merbok,
demi membesarkan kami, sebagai penunjuk jalan kami ke syurgaMu...
pembimbing kami diseluruh hidupku...

cerah subuh di langit merbok, indah yang bukan mudah untuk ditelah, padanya menyimpan seribu erti yang takkan mampu diluah, kerana hidup ini adalah tuah, dalam rahsia ALLAH.....

Friday, May 13, 2011

retak hati dicantum ALLAH... ;) indahkan...?

assalamualaikum wrmt wbrt...

alhamdulillah....tepat jam 2.30 petang tadi (12 mei 2011) saya menduduki exam untuk last paper bagi sem ni...fuh!...alhamdulillah...akhirnya berjaya gak menghabiskan keseluruhan kertas2 yang kosong tu...

paling penting..berjaya menghabiskan sem 4 ni...masih berbaki 3 sem nk berada di dalam kampus...dan kemudian 1 sem di luar... ;) semoga semuanya dapat dilalui dengan jayanya...

benarlah, belajar memang takkan pernah habis...dengan belajar..dapat membezakan diri antara orang yang tahu dan x tahu...tapi..apa yang lebih penting..apakah ada beza pada diri kita ni...antara orang yang beramal dan tidak beramal dengan ilmunya..?

sem 4 ni...sem yang gila2....setelah beberapa sem mmg aku buat perangai gila2...huhu..tapi sem ni lebih gila...tapi..ni bukan sembarangan..ni adalah satu cara untuk menggembirakan diri untuk melalui semua ini...anda pn tahu kan..? bukan mudah untuk saya lalui....hurm..bagi anda yang memang tahu kisah hidup saya la... ;)

mesti pelik kan...? knapa dalam masalah bertimbun-timbun pun boleh happy je..? hurm..ni adalah satu terapi...untuk saya...bukan mudah nak buat camni tau...pada saat diri merasa x mampu hadapi semua ni...tapi hati yang bagai dihiris-hiris ...walau pun sakit...selalu mengubat diri dengan kata-kata semangat...



sehingga, akhirnya..saya sudah merdeka sekejap hari ni... ;) alhamdulillah...

ni lah saya... ;) semoga anda yang membaca dapat fahami...

sebab, adakala, memang x mampu untuk kita luahkan apa yang sedang kita
alami...
maka, terima kasih jika anda dapat fahami saya bila ada masa-masa saya x berminat untuk melayan mesej2 dari anda...bila saya online, tapi mendiamkan diri....bila saya letak status kt fb..tapi x balas apa2 pn komen yang anda letak kat sana...

bukan saya tidak menghiraukannya...saya memerhati segala pergerakan yang berlaku...
saya membaca semua komen2 anda semua...
kadangkala saya tersenyum sendiri...kadang2 saya menangis, muhasabah diri..

pernah sorang teman bertanya, kenapakah kamu dengan mudah menerima 'dia' tanpa pernah merasa curiga terlebih dahulu akan niatnya?
dan akhirnya, ketika dia pergi, hatimu pedih, sakit, tapi kamu tidak menahan pemergiannya...
bahkan hanya melihat 'dia' pergi membina kebahagiaan dengan orang lain...
sedangkan bahagia itu mungkin milik kamu...?
tidak adakah sedikit usaha kamu untuk mempertahankannya?

dalam muhasabah diri,
saya meyakinkan diri, bahawa apa yang saya lakukan adalah betul,
menurut prinsip yang saya pegang, sejak saya benar-benar mengerti akan hidup ini...
sejak saya benar-benar menyedari, indahnya mempertahankan hati...
sejak saya yakin, bahawa saya takkan mengecewakan diri saya kedua kali..
sejak saya menyedari, bahawa ALLAH lah yang mencantumkan semula robek-robek hati ini yang telah dihancurkan oleh manusia...

yang saya yakini adalah,
saya bebas bersahabat dengan siapa sahaja, selagi tidak melanggar syariat...
saya berhak meletakkan neutral di hati saya, walau sudah ada yang mengintainya...
dan, mengertilah...
bahawa saya hanya akan benar-benar mencintai 'dia' hanya setelah termeterai janji,
antara kau dan waliku....


mengertilah, mengapa sering persoalan itu x saya jawab...
kerana, bukan soal dan jawaban yang saya perlukan, tapi..
tindakanmu itu lah bakal menentukan jawaban untuk setiap persoalan...

a'fwan...

Monday, May 9, 2011

GEN X + Y


assalamualaikum, teman2... ;)

jumpa lagi hari ni, dengan catatan yang entah apa,
tapi moga catatan ni boleh dimanfaatkan...

x ada apa yang menarik untuk diceritakan selain cerihik2 (cerita hikmah) yang saya anggap agar kalian semua dapat fahami apa yang saya maksudkan.

hidup memang sesuatu yang kita perlu rancang, tapi ketahuilah bahawa ALLAH sebaik-baik perancang...Dia memberikan sesuatu yang tidak kita inginkan, tapi, ketahuilah, bahawa Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

walaupun, adakala kita merasakan sesuatu itu sungguh berat untuk dilalui, merasakan ketidakberdayaan, serasa bahawa putus asa sering mengintai kehidupan, tapi, dalam pada itu, ALLAH sering meniupkan rasa cintaNya kepada hambanya melalui sesuatu yang tidak kita sedari. lalu, kita jarang sekali mengucapkan lafaz syukur, susah sekali meletakkan dahi ke tempat sujud, dan payah sekali untuk merasa cintaNya...

pagi tadi, saya terima emel dari sorang teman, berkaitan masalah yang melanda hidupnya ketika ini, sebenarnya saya memang x perasan tentang emel ni...mujur saya meneliti satu-satu senarai emel yang telah dibuka dan belum. walaupun malam tadi x dpt tdur,...dan ketika pagi menjelang, mata terasa sangat letihnya..saya gagahkan diri untuk membacanya...

berfikir sejenak, apa maklumbalas dari saya? apa yang boleh saya bantu? dan apa pandangan yang mahu saya beri? kerana, saya belum pun berada di tempatnya...ketika hidup 2 insan yang terasing, perlu disatukan di bawah satu bumbung, atas ikatan bernama nikah...pelbagai perkara baru muncul...hidup yang terasing, cara dan sikap perlu di letakkan dalam satu garis sama, agar matlamat pernikahan sampai seperti apa yang diinginkan...

saya belum pun berada di situ....tapi, ALLAH mengizinkan
saya berkongsi pengalaman hidup yang tidak seberapa ini, pemerhatian yang tak berapa tajam ini, untuk menjadi ibrah kepada yang lain...

itulah kehidupan arwah mak dan ayah yang saya teladani...akan saya kongsikan ia bersama suatu hari nanti...

apapun, gembira rasa hati, bila mendengar respons teman itu, bahawa merasa sedikit tenang, merasa punya jalan, dan merasa ada panduan...

alhamdulillah....saya adalah kelahiran generasi Y yang melihat kehidupan generasi X, dan menjadikannya teladan hidup saya...

alhamdulillah, generasi X itu memperlihatkan kehidupan yang sungguh banyak hikmahnya, yang membuatkan saya sangat berasa diri sungguh berharga, kerana melaluinya sendiri...

kehidupan ini kembarnya adalah masalah, yang menguji sejauh mana iman dan kesabaran kita...justeru, pastikan kita dapat melaluinya dalam landasan Iman...

saya berterima kasih kepada generasi X, yang membina fikiran saya dengan sabar dan jelas akan hidup dan cabarannya...memperkenalkan sesuatu yang tak mungkin saya mampu melaluinya, tapi gen X melalui dengan penuh tabah dan syukur...lalu rasa syukur ditambahkan dengan gen Y yang mengerti sebuah konsep yang semua orang x mengerti benar akannya...
dia itulah, gen X yang bijaksana dalam lembutnya, ramah dalam tegasnya, arwah bonda tercinta, Nur Mardhiah binti Hj Rajali...


ini seperti keterlalu memuji menurut anda, tapi, ini bukan sekadar pujian untuknya, ia adalah ilmu, agar kita tidak mengabaikan gen X dan pengalamannya, dan gen Y tidak keterlaluan berbangga akan zaman teknologi sedia ada....

kerana masih ada perkara-perkara yang teknologi tidak mampu menjawabnya, melainkan dengan perkongsian rasa gen X dan Y yang membantu membina adab manusia..

kerana kita bukan robot, kita adalah manusia....!!!


>>>tahun kedua tanpa bonda di sisi...moga ALLAH tempatkannya bersama roh mereka yang dimuliakan, atas jasanya melahirkan dan membesarkan, mendidik kami menjadi insan>>>

~Memilih Ibu Untuk Anakmu~



Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.
Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

Memilih ibu membawa maksud mencari jodoh isteri yang beriman, bertakwa dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu solehah. Untuk memenuhi tuntutan ini pemilihan isteri yang tepat perlu sejajar dengan penetapan yang dianjurkan oleh Islam. Ini amat penting bagi mencapai target ibu mithali yang menjadi hadiah kehadiran buat anak-anak yang akan dilahirkan ke dunia.
Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?

Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran. Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'
Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda

"Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga. Agama diiktifar sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak.Pemilihan ibu yang tepat untuk si anak ini tentunya timbul atas kesedaran untuk menjadikan perkahwinan sebagai saham akhirat. Ini kerana pelayaran sebuah perkahwinan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga atau semudah menyuapkan makanan ke mulut tanpa berfikir himpitan mahupun kekangan yang akan ditempuhi. Perkahwinan yang dianjurkan Islam perlulah berkemudi hingga ke pelabuhan dan hasilnya dapat dinikmati di akhirat kelak.

Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan yang Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mikminin Saidatina Khadijah. Kebahgiaan yang dibina atas jihad kepada Islam ini mendamaikan dua hati yang diketemukan walaupun bertingkah jurang dari segi umurnya. Hasilnya zuriat yang lahir dididik dengan sempurna, menjadi tokoh ummah yang dikenang sepanjang zaman.Tidak salah mencari pasangan yang menawan, kaya dan berdarjat. Lagi lengkap pakej kesempurnaan, lagi baik. Asalkan krieteria utama iaitu beragama tidak dicicirkan. Seorang anak tidak boleh dididik dengan wang ringgit atau kekayaan si ibu. Si ibu yang cantik bukan jaminan bahawa dia mampu mendidik anak dengan baik.Begitu juga darjat dan keturunan bukanlah penyebab yang dapat membentuk personaliti soleh dan solehah anak. Tetapi yang pasti, agama si ibu adalah satu jaminan ke arah kesempurnaan didikan anak. Ibu yang berakhlak, berilmu, taqwa, kuat beribadah secara adatnya mampu membimbing anak ke jalan bahagia.Sekurang-kurangnya percikan akhlak solehah si ibu mampu mendorong si anak secara lisanul hal. Atau setidak-tidaknya doa si ibu yang luhur peribadi ini mampu menggamit hidayah, rahmat dan keampunan Allah buat si anak.

Malang sekali masyarakat hari ini tidak mengambilkira soal pemilihan ibu untuk si anak. Mereka melihat perkahwinan ini dari sudut kepuasan nafsu semata. Si gadis yang comel, seksi dan bergaya itulah yang diutamakan.Jika si dia kaya dan berdarjat lagi mahu. Soal akhlak, iman dan alam diketepikan. Semasa memilih pasangan tidak terlintas soal anak. Bila anak sudah lahir, anak menjadi mangsa kejahilan dan kebobrokan akhlak ibu.Mereka lupa tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu yang berperanan untuk memelihara dan mendidik anak-anak menjaga kehormatan diri dan menjamin keperluan rumahtangga yang mencukpi.Bukan lelaki sahaja perlu mencari ibu yang betul untuk si anak, malah para wanita juga perlu memilih bapa yang tepat untuk anaknya. Wanita yang solehah perlu merancang memilih bapa soleh untuk anak-anak mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, makakahwinilah dia".

Betapa malangnya wanita mukminah yang jatuh ke tangan ketua keluarga yang "thaleh" dan curang akhlaknya serta memandang enteng prinsip-prinsip Islam dan ibadah-ibadah. Apalah gunanya anak-anak yang hidup dalam keluarga yang terajunya tidak mengindahkan hukum dan seruan Allah.
Tegasnya, demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak. Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah. Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar:

'Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...'

Sekian renungan buat kaum lelaki di hari Ibu.....

>>>Artikel ini di salin daripada : http://solehin-bakri.blogspot.com/
syukran kepada pemilik blog ni... ;)




MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI,
msb_rg8@yahoo.com

Saturday, May 7, 2011

barakallahulakum...


assalamualaikum,

malam tadi, saya menerima job baru, ada orang tertarik dengan blog saya, dan dia minta saya buatkan untuknya...saya sangat2 suka..kerana dengannya saya boleh xplore lagi ilmu blog nih... ;) sampai pagi...huhu..mantappp

sebelah pagi..ke pejabat, bayar sewa rumah....dan mencari lauk untuk makan tengahari..huhu..terasa sungguh kenyang....walau dalam letih..saya gaghkan diri lagi..untuk menghadiri majlis bersejarah buat sebahagian family saya.... ;) kredit to Farah yang sudi hantar kat KTM...sayang kamoo ;)

and next, ucapan barakallahulakum saya tujukan buat ketiga2 orang anak saudara sepupu saya yang telah menyempurnakan majlis walimah mereka pada hari ini...to A.Sayuti, Fatimah n Anisah...selamat menjalani alam rumahtangga...
malam berinai... ;)
sweet smua... ;) tunggu time saya plak nanti... ;)

saya sedaya upaya menggagahkan kaki untuk menghadiri majlis mereka, kami pernah membesar bersama, dan terpisah ketika usia menginjak remaja...apapun, tetap gembira dapat menghadirkan diri, walaupun menjadi antara yang paling lewat sampai di dewan yang sangat indah itu... ;)

gembira jugak, sbb dapat jumpa ramai orang yang mengenali arwah mak, walaupun penampilan mereka sudah agak berubah, tapi, InsyaAllah, hati mereka tetap sama seperti dlu...mengenali dan mengasihi mak kerana ALLAH...

jumpa ibu kepada kawan2 lama saya..yang sudah lama saya tidak ketemu...gembira rasa hati..kerana dapat kembali menautkan silaturrahmi...moga ukhuwwah ini berpanjangan...agar kalian dalam limpahan iman dan naungan Islam...

walaupun terselit dihat kecil, beberapa perkara yang membuat saya berasa tak betah untuk berada lama di situ, saya meraikan hari ini sebagai hari indah untuk kamu semua... ;) pastinya akan saya kenang selalu..kerana ...esok adalah hari indah pula buat saya... ;) dan kamu semua berkongsi bahagia berturut-turut bersama saya... ;)

saya sayang saya dan kamu semua... ;)

Friday, May 6, 2011

~ hidup sebuah percaturan ~


assalamualaikum...

jumpa lagi... ;) kat ruangan ni...
catatan sepi yang hanya akan berbicara dengan anda melalui tulisan ni,,,

alhamdulillah..sehari lagi, saya akan bertemu dengan hari yang ditunggu,..
dengan izin Allah...

x de apa yang menarik hari ni..
sama juga dengan hari2 yang sebelumnya...
bercerita tentang hidup..
apa yang difikirkan, apa yang berlaku, apa yang didengar, apa yang dilihat..
apa yang pasti..
moga hikmah selalu dapat dilihat..

hari ni patutnya plan nk g selesaikan urusan rumah sewa..
tapi...ats kelemahan diri..n sbb2 lain..
x dpt pegi..sabar ye tuan rumah..hehe..
boleh ke cakap cmtu... ;)

pastu...blog walking..mencari2 lagi info...ilmu...n melihat2 pengalaman hidup orang...
ni la kerje saya setiap hari...
berfikir, berfikir, n terus berfikir...

dah berterabur la citer dlm entry nih...huh..
sbb terlampau banyak nk citer...

alkisah...beberapa hari yang lalu...
ada sorang ukhti ni...menyamar menjadi seseorang...
menerka soalan yang menguji saya sesungguhnya..
tapi, alhamdulillah, prinsip yang dipegang sejak dulu..menyelamatkan keadaan...
alhamdulillah, kerana jalan fikir yang jelas ini, akhirnya membuahkan persahabatan antara kami...
dia akhirnya boleh bersembang dalam keadaan yang lebih baik hari ini... ;)

NIKMAT TUHAN YANG TAK TERSANGKA KAN...?

alhamdulillah, akhirnya doa yang baik saya perolehi darinya....
dia bertanya soalan2 yang saya sendiri tidak merasainya...
tapi..alhamdulillah...saya akan sentiasa cuba memahami orang lain...
lebih dari diri saya sendiri...
nikmatnya bersaudara... ;)

justeru kawan,

HIDUP INI SEBUAH PERCATURAN..
memerlukan akal untuk berfikir sebelum bertindak,
memerlukan akal untuk mengatur strategi yang manusiawi..
bukan strategi kejam yang menjahanamkan orang lain dan diri...
kerana ALLAH pasti memberi balasan di kemudian hari...

memang kan...? hidup sebuah percaturan..
membuatkan akal perlu berfikir jelas,
antara kebaikan dan keburukan,
diri dan masa depan,
berlaku jujurlah, dengan diri,
manusia memang inginkan bahagia, inginkan senyuman menelinga sepanjang masa,
tapi, jangan sampai menghalalkan segala cara,
jangan sampai tidak nampak baik dan buruknya,
agama harus lebih utama,

kerana,

orang yang beragama itu,
pastinya akan mengasihi orang lain lebih dari dirinya,
akan memperlakukan manusia lain dengan akhlak mulia,
akan menjaga hati orang lain lebih dari dirinya,
akan menjadikan kita sebahagian erti dalam hidupnya,
akan membuatkan kita selalu merasa bahagia, dengan cinta Rabb-Nya...
tidak akan membuat kita menitis air mata kerananya...
melainkan kerana ALLAH semata-mata...

orang yang beragama itu,
akhlaknya indah, kata-katanya dari puisi cinta ALLAH,
romantiknya payah, tapi x membuat kita gundah,
selalu menghadirkan diri, saat kita payah, melalui ayat-ayat ALLAH,
kerana dia selalu mengingatkan,
sebelum ingat padanya, ingatlah pada ALLAH, Maha Segalanya...

sikapnya cerminan indahnya Islam
membawa selalu hikmah dalam setiap kehidupan...
bersedia memimpin kita dalam hidup yang penuh percaturan,
kerana dia merasakan,
kekurangan kita adalah baginya kesempurnaan...

justeru,
berfikirlah,
walau hidup sebuah percaturan,
jika kita sanggup sabar dalam berfikir,
dia yang benar2 memimpin itu akan muncul
pada saat yang tepat, dalam keadaan yang tepat
untuk memimpin kita menuju Akhirat....!

yakinlah!, anda pasti mampu menempuhi hidup ini... ;)
kerana percaturan Ilahi takkan pernah menzalimi....
hambanya...

Thursday, May 5, 2011

AKSARA CINTA ILAHI


assalamualaikum, teman...

bertemu lagi di ruangan sarat dengan tulisan ni...
sempena hari-hari yang semakin hampir hitungannya, sorang kawan memulakan 'bebelan'nya supaya menukar latar blog ini..
saya kira ia sudah cukup cantik menurut pandangan saya,
tapi, kerana menghargai kesudiannya memberi kritikan itu,
saya pun menukarkan latar dan keadaan
di blog ni...

maka, inilah hasilnya... ;)
tadaaaaaa!!!!

moga anda yang singgah disini juga merasa senang...
saya pun x tau lagi samada teman saya ni dah lihat atau belum pemandangan baru ni...

hm...musim2 exam belum habis...
seperti biasa...orang yang pelik ni, rajin membaca time bukan exam..
bila time exam..semakin malas pulak... ;)
insyaAllah...bukan berniat membanggakan diri...
tapi saya masih berusaha menambah ilmu ini, bukan hanya untuk hadapi exam... ;)

blog walking lagi malam ni...dan terjumpa blog ni... http://qamarguyz.blogspot.com/ ....AKSARA CINTA ILAHI.. ;) blog yang simple, tapi best menurut pandangan saya... ;) ...

yang paling best adalah, word Aksara Cinta Ilahi...menarik perhatian saya...blog yang sarat dengan tulisan ni, memang membosankan bagi orang yang x minat membaca...sbb ada orang berminat hanya utk melihat gambar2...

so, minta maaf la yer...blog saya ni memang lebih kepada tarian huruf2 ni...dan itulah yang ingin saya gambarkan sebagai AKSARA CINTA ILAHI... ;)

saya catatkan segala di sini, catatan perjalanan mencari cinta Ilahi...
melalui setiap detik hidup, dan mengutip hikmah di sepanjang jalan...lalu saya terjemahkan ia dalam tarian hurup di sini, agar dapat dikongsikan dengan anda semua... ;)
INSAN YANG SAYA KASIHI.. ;)

moga jari yang menari mencari aksara huruf ini, menjadi saksi di sana nanti,
bahawa ia pernah berfungsi mempertemukan kita pada satu fikrah, pada satu arah....
kiblat yang sama,
TUHAN YANG MAHA ESA!

Sunday, May 1, 2011

catatan 1 Mei 2011


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
hari ni, bertarikh 1 mei 2011,
alhamdulillah, kerana ALLAH masih mengurniakan masa,
udara untuk saya bernafas,
dan juga kudrat untuk saya bergerak...

tanpa sedar, mei tahun ini menganjak lagi
angka yang saya tidak inginkan tambahannya,
dalam gembira meraikan
kurniaan masa yang ALLAH beri ini,
pilu dan sebak dirasakan,
mei ini adalah yang kedua tanpa mak di sisi....

alhamdulillah, pada 8 mei 1984,
dengan gembira mak meraikan kehadiran saya,
dalam kerut sakit yang masih terasa,
dia membelai saya dengan penuh kasih dan sayangnya,
betapa kelahiran itu diraikan,
dengan ucapan selamat dan doa, serta nama yang mulia....




dengan harapan menjadi pembangun agama,
mak mendidik sepenuh adilnya,
memperlihatkan hikmah di balik tiap kesalahan,
agar membesar menjadi manusia andal
menggalas amanah perjuangan ini,

merenungi,
8 mei 2011, telah jauh kaki ini melangkah,
telah hitam hati ini dengan dosa yang menggelisah,
apakah masih ada ruang mendamba cinta ALLAH?
mengharap rahmatNya sentiasa,
dalam tiap sujud dan doaku,

8 mei 2011,
inilah doaku,
agar pintu rahmatNya sentiasa buatku,
agar taubat sering menyelimutiku,
agar berkah NabiNya selalu bersamaku,
agar aku cekal diinspirasi Khadijah,
agar aku cerdas, secerdas Aisyah,
agar aku tabah, bagai Hajar di lembah Bakkah,
agar aku pantas, bak Khaulah,

agar dipermudahkan urusanku...
menamatkan segala gundah,
mendatangkan 'farah', menambah 'sakinah'
moga bukan hanya Iman bertambah,
tapi disempurnakan dengan hadirnya
dia Sang Pencinta ALLAH dan Rasulullah..........

...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!