Monday, October 19, 2009

rindu semalam

maghrib syawal terakhir....hari syawal terakhir untuk tahun ni...1430 H...ramadhan saja ku rindukan...belumtentu dapatkah ku temui pada akan datang...?apalagi syawal yang membenamkan diri di balik munculnya zulqaedah....rindu syawal semalam belum terubat...kini..syawal yang singgah pergi kembali..dan entah bila kan muncul kembali...

syawal semalam kehilangan pertama ...Almarhumah nenek yang dicintai...syawal kali ini lebih menyesakkan dada...rasa sedih sentiasa...namun air mata tak mampu ku alirkan..demi memberi kekuatan pada bonda tercinta....tangisan berlagu di hati...sebak memenuhi ruang...melihat bonda tercinta menderita..pada saat mereka lainnya ketawa gembira menyambut sanak saudara..

bonda, hidup kami tiada erti tanpa kau disisi...kami rindu pada hiruk pekik suaramu...kami rindu pada bebelan yang mencuit hati...kami rindu pada cerita-cerita indah sepanjang hayatmu...kini, diammu tidak membuat kami tenang...saat ujian menimpa..kau masih gembira...merai ramadhan dan syawal mulia demi keluarga tercinta...

rindu semalam masih menebal...pada arwah nenek yang cantik jelita...juga padamu bonda...kau masih di hati kami sebagai raja...dan pasti untuk selamanya...
zulqaedah...ku harap hadirmu bersama rahamt untuk kami semua...tinggalkan lah ceria di hati kami untuk dicampur bersama rahmatnya ramadhan dan syawal...

moga kau mengerti, bahawa tiada apa di hati kami, selain dia yang menyuburkan cinta Allah dan RasulNya pada jiwa-jiwa pejuang kecil ini...

ku rindu peluk ciummu...
ku rindu hilai tawamu...
ku rindu bait katamu....
ku rindu cepat gerakmu...

ku rindu padamu, bondaku....
khas untukmu...BONDA NORMARDHIAH BT HJ RAJALI

Monday, August 24, 2009

rindu bau pohon tin

salam alaik..

baru balik kelas...bulan ramadhan kali ni memang mencabar diri..berbanding ramadhan2 yang lepas...

terkenang kembali masakan mak yang sedap walau hanya masakan yang sangat simple.,...rindu mak...!!!!moga ramadhan ni menambahkan iman di hati, taqwa di jiwa dan sentiasa mendamba cintaNya....

hm...cerita ttg ramadhan kali ni...tak ada lagi suara mak untuk bangun sahur..riuh2 rumah membangunkan adik2 untuk bersahur...dan jugak afifah yang comel...tak ada lagi suara2 riuh rendah waktu nak berbuka....tak da lagi suara-suara kanak-kanak kecik sebelah rumah...sbb...ramadhan kali ni saya berada jauh dari rumah....

bangun sahur sendiri, fikir sendiri nak berbuka apa nanti...solat tarawikh...sumer....kena atas daya usaha sendiri...mm...sahur kdg2 dgn kurma dan air je...tak de nasi panas waktu pagi2 tu....

teringat..masa baru masuk sini, baca buku'RINDU BAU POHON TIN'....huhu....kalo la saya memang jadi pergi mesir bulan september ni...mesti bau tu makin dekat dengan saya....tapi...ALLAH belum rezkikan saya ke sana...tapi..baca buku tu...semangat untuk ke sana membuak-buak...untuk mengutip daun-daun perjuangan yang ditinggalkan Nabi dan para sahabat....

nak rasa ramadhan kat sana...nak pijak debu-debu bumi anbiya'...sumer saya nak...moga direzkikan....

RINDU BAU POHON TIN....mmg menggamit rasa ke sana....saya sebak membacanya...kerana Jordan punya sejarah dalam hidup saya.......!

Friday, August 21, 2009

أسأل الله لكم فى شهر رمضان حسنات تتكاثر وذنوب تتناثر وهموم تتطاير وأن يجعل بسمتكم سعادة وصمتكم عبادة وخاتمتكم شهادة ورزقكم فى زيادة وبكل زخة مطر وبعدد من حج واعتمر أدعو الله أن يتقبل العمل صالح.

Imuniti Iman Tercabul Kerana H1N1??


Serangan wabak H1N1 menjadi polemik seantero dunia, telah menjadi tabiat sesetengah manusia, cepat melatah apabila penularannya membawa maut dan amat sukar membendungnya. Pelbagai langkah yang dikatakan proaktif telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani serangan wabak ini, namun natijahnya kematian dan jangkitan wabak semakin ketara meningkat di seluruh pelosok negara.

Hal semacam ini menggamit sejuta reaksi dikalangan masyarakat dalam melihat kredibiliti kerajaan membendungnya. Sesetengah berpendapat, kerajaan hanya mengambil langkah pemantauan sahaja dan bukan pemeriksaan menyeluruh di pintu-pintu masuk imigresen dan perhubungan domestik serta antarabangsa.

Jangkitan virus ini lebih tertumpu kepada tempat-tempat awam dan keraian. Malahan institusi pendidikan lebih banyak terkena kesannya. Menjadi persoalan, mengapa institusi pendidikan seperti sekolah dan IPTA lebih teruk kesannya berbanding dengan sektor perlancongan dan perkilangan? Ini satu persoalan yang sukar untuk dirungkaikan jawapannya. Apatah lagi retetan ini menyerlah selepas pemansuhan PPMSI. Biarlah persoalan ini terus menjadi tanda tanya sehingga ada yang sudi menjawabnya.

Tambahan pula, rakyat Malaysia lebih terdedah apabila menghadiri konsert hiburan dan amalan kebersihan yang tidak sempurna. Penulisan kali ini bukan bertujuan menyelosori soal jangkitan dan kesannya kepada sistem imuniti badan manusia, tetapi lebih kepada efek yang cukup jelas terhadap imuniti iman seseorang Muslim dalam mendepani situasi ini.


Serangan virus tehadap Iman

Iman adalah persoalan pokok dalam menentukan ketulenan kepercayaan seseorang Muslim. Benar jika dikatakan ukuran Iman itu mustahil untuk diukur berdasarkan karakter luarannya sahaja kerana soal hati adalah hak penilaian Tuhan. Namun, apakah iman yang kurang mantap dapat mencerminkan karakter peribadi yang luhur, dan sebaliknya? Saya bukan ahli agamawan mahupun golongan yang berautoriti dalam menentukan tahap Iman seseorang, tetapi saya berpegang pada satu prinsip, jika seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya, cukup segala syarat-syarat iman tersebut, padanya akan lahir sebuah karakter yang luhur, fikrah pemikiran yang islamik dan gerak laku yang menuruti syariat.

Berbalik pada persoalan tadi, serangan virus terhadap Iman lebih cenderung melalui pemikiran dan mentaliti Muslim. Masakan tidak, latahnya masyarakat apabila serangan virus ini boleh membawa maut tanpa ada simpton-simpton yang kurang jelas. Simpton awal jangkitan biasanya dizahirkan dengan demam, batuk dan selesema. Tiga serangkai ini kebiasaannya dikategorikan sebagai demam biasa tetapi bila polemik H1N1 ini seperti gorengan bertih jagung, langkah waspada diambil lebih serius sehinggakan soal ibadat umum dihadkan atas nama keselamatan sejagat yang sebenarnya bertopengkan sikap malas dan biadap.

Surau dan masjid kelihatan sangat lengang walaupun selama ini telah lama lengang dengan bilangan jemaah. Hukum sunat solat berjemaah digantikan dengan harus. Solat Jumaat pula hanya pergi sekali sekala sahaja. Ini bukan omong kosong, tetapi pengalaman saya menghadapi situasi ini di salah sebuah perkampungan melayu-islam di Timur Semenanjung Malaysia. Jelas, ramai hanya takut mati awal daripada berbuat ibadah kerana akan mati. Yang lebih menjengkelkan, boleh pula melepak di warung dan kedai kopi, malah senang bermesra dengan keluarga dihalaman rumah saat khatib menyampaikan khutbah.

Sikap cintakan dunia, takutkan mati telah sebati dalam jiwa masyarakat kita. Melihat ujian daripada Tuhan ini sebagai satu ketidakadilan Tuhan dalam menimpakan musibah kepada manusia. Sedangkan dalam sedar, manusia terlalu rakus menodai nikmat pemberian dan megah melanggar syariat Allah. Begitulah kita, leka dalam nikmat dan hanya sedar apabila contengan ini terpalit pada wajah-wajah kita sendiri, hasil gelojoh tangan-tangan kita sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, tiada menghukum tanpa alasan, dan keadilan Allah itu tiada tandingannya, tanpa dapat dicapai oleh akal kita yang lemah. Maha Kasihnya Tuhan yang Maha Pengampun, menyedarkan kita kepada dunia yang akan hilang nanti dengan kematian. Tetapi berapa ramai yang menyedari hakikat ini. Kita sebenarnya lari daripada kematian tanpa ada persediaan amal soleh menempuh kematian.

Kesan kedua, dipamerkan dengan berlumbanya pengamal perubatan menipu masyarakat berkenaan ubat-ubatan yang diyakini dapat menyembuhkan pesakit H1N1. Sebagai bekas pelajar Sains, virus tidak dapat dimusnahkan dengan begitu mudah. Ia dapat berubah-ubah mengikut persekitaran dan kemandirian terhadap perubahan suhu serta kelembapan. Vaksin hanya dapat mengurangkan efek jangkitan dan bukan penyembuhan secara total. Sistem imuniti badan yang ditadbir oleh Pencipta yang Maha Berkuasa sahaja dapat menangkis serangan ini, samada secara total ataupun sebahagian, bergantung kepada takdir yang ditentukanNya.

Jika diukur dimensi antara liang topeng dan virus, nilai yang sangat ketara dapat diperhatikan. Dimensi virus yang hampir berskala nano jika dibandingkan dengan lubang pada topeng yang hanya seluas mili meter sahaja tidak dapat menghalang virus tersebut mejangkiti yang lain. Ditambah pula dengan medium jangkitan seperti udara dan sentuhan yang sukar untuk dielakkan menjadi faktor utama penularan wabak tersebut. Jelas disini, pemakaian topeng hanya cukup syarat bagi mereka yang dikhuatiri dijangkiti dan bukan kepada yang belum dijangkiti. Ianya pula seperti perlu seiring dengan pemakaian sarung tangan dan pakaian yang tidak berkongsi antara satu sama lain. Ini tidak lain mendatangkan keuntungan berganda kepada sesiapa yang suka menangguk di air yang keruh.

Sikap tamak dan pembohongan meruntuhkan nilai moral sesetengah muslim, apatah lagi diapikan oleh kepercayaan yang sesetengah yang lain terhadap kemujaraban penawar tersebut. Solat hajat dipandang sepi dan doa keselamatan diri yang menjadi senjata utama mukmin sejati diremehkan. Sikap ini secara tidak langsung meletak keyakinan kepada usaha manusia semata-mata tanpa sandaran pada kuasa Allah Taala.


Binalah imuniti Iman

Kehadiran Ramadhan kelak mendambakan sejuta pengharapan pada Tuhan dan sebaik-baik bulan bagi doa diperkenankanNya. Madrasah Al-Mubarak bukan sahaja menyediakan peluang ekonomi kepada umat manusia, tetapi hamparan luas buat pencinta Ramadhan menggunakan sebaik mungkin rahmat Allah, memperbanyakkan ibadah dan mendidik jiwa menjadi ikon mukmin yang sejati. Serangan wabak di bulan Ramadhan nanti diharapkan menjadi sentuhan keinsafan yang mendalam terhadap ketentuan Allah dalam menguji iman hamba-hambaNya.

Kematian adalah satu takdir. Usahlah meratapi berlebihan dan meletakkan punca tesebut kepada wabak semata-mata. Sehinggakan pemikiran telah di set, matinya bukan kerana ketentuan Allah Taala tetapi kerana serangan wabak tersebut. Tidak salah menjadikan punca kematian disebabkan wabak, seperti yang dinyatakan di atas, tetapi letaklah segalanya yang terjadi itu, prioritinya pada yang hak, iaitu Takdir.

Perbanyakkan solat hajat dan amalan sunat yang lain, disamping perkemaskan kewajipan ibadat fardhu. Dan sentiasalah berdoa agar iman terpelihara walaupun segunung musibah dan ujian yang melanda. Janganlah berputus asa pada Allah. Kerana ujianNya untuk mendidik jiwa-jiwa kita supaya lebih lembut dan dekat denganNya.

H1N1 tidak lain hanya sebuah ujian buat kita, bagi merungkai simpulan-simpulan kelam yang mengikat hati kita. Semoga penulisan saya yang tidak seberapa ini membuka mentaliti kita semua agar kembali kepada sebuah fundamental Islam yang sebenar. Sesungguhnya Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan kefasikan kepada kita, hanya keteguhan iman sahaja mampu menyuluh kepada kebaikan dan memadamkan api kefasikan. Beruntunglah mereka yang terang kerananya, dan merugilah bagi yang terus menyalakannya. WaAllahu'alam


Mohd Izzuddin Mohd Zin
Aktivis SPAQ
19 Ogos 2009

Friday, August 14, 2009

tribute ASRI IBRAHIM (RABBANI)




ASRI RABBANI .....



Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...




13 ogos 2009

tarikh tunggal yang menyaksikan kebenaran malakul maut untuk mu.....
untuk ke sekian kalinya, tarikh ini ku catatkan di sini...sebagai mengingatimu....
pastinya ALLAH menyediakan tempat terbaik untuk balasan amal baikmu....
untuk adik hamdi yang cute.....semoga kan tumbuh sebagai pejuang agama seperti ayahandamu....TRIBUTE ASRI...........
WE LOVE YOU.....

Saturday, July 18, 2009

APABILA IKHWAH JATUH CINTA

Suatu ketika, dalam majelis koordinasi seorang akhwat berkata pada mas’ul dakwahnya, “akhi, ana ga bisa lagi berinteraksi dengan akh fulan”. Suara akhwat itu bergetar. Nyata sekali menekan perasaannya.”Pekan lalu, ikhwan tersebut membuat pengakuan yang membuat ana merasa risi dan….Afwan, terus terang juga tersinggung.” Sesaat kemudian suara dibalik hijab itu mengatakan….ia jatuh cinta pada ana.”

mas’ul tersebut terkejut, tapi ditekannya getar suaranya. Ia berusaha tetap tenang. “Sabar ukhti, jangan terlalu diambil hati. Mungkin maksudnya tidak seperti yang anti bayangkan.” Sang mas’ul mencoba menenangkan terutama untuk dirinya sendiri.

“Afwan…ana tidak menangkap maksud lain dari perkataannya. Ikhwan itu mungkin tidak pernah berpikir dampak perkataannya. Kata-kata itu membuat ana sedikit banyak merasa gagal menjaga hijab ana, gagal menjaga komitmen dan menjadi penyebab fitnah. Padahal, ana hanya berusaha menjadi bagian dari perputaran dakwah ini.” sang akhwat kini mulai tersedak terbata.

“Ya sudah…Ana berharap anti tetap istiqamah dengan kenyataan ini, ana tidak ingin kehilangan tim dakwah oleh permasalahan seperti ini”. Mas’ul itu membuat keputusan, “ana akan ajak bicara langsung akh fulan”

Beberapa Waktu berlalu, ketika akhirnya mas’ul tersebut mendatangi dulan yang bersangkutan. Sang Akh berkata, “Ana memang menyatakan hal tersebut, tapi apakah itu suatu kesalahan?”

Sang mas’ul berusaha menanggapinya searif mungkin. “Ana tidak menyalahkan perasaan antum. Kita semua berhak memiliki perasaan itu. Pertanyaan ana adalah, apakah antum sudah siap ketika menyatakan perasaan itu. Apakah antum mengatakannya dengan orientasi bersih yang menjamin hak-hak saudari antum. Hak perasaan dan hak pembinaannya. Apakah antum menyampaikan kepada pembina antum untuk diseriuskan?. Apakah antum sudah siap berkeluarga. Apakah antum sudah berusaha menjaga kemungkinan fitnah dari pernyataan antum, baik terhadap ikhwah lain maupun terhadap dakwah????” Mas’ul tersebut membuat penekanan substansial. ” Akhi bagi kita perasaan itu tidak semurah tayangan sinetron atau bacaan picisan dalam novel-novel. Bagi kita perasaan itu adalah bagian dari kemuliaan yang Allah tetapkan untuk pejuang dakwah. Perasaan itulah yang melandasi ekspansi dakwah dan jaminan kemuliaan Allah SWT. Perasaan itulah yang mengeksiskan kita dengan beban berat amanah ini. Maka Jagalah perasaan itu tetap suci dan mensucikan.”

Cinta Aktivis Dakwah
Bagaimana ketika perasaan itu hadir. Bukankah ia datang tanpa pernah diundang dan dikehendaki?
Jatuh cinta bagi aktivis dakwah bukanlah perkara sederhana. Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang ekspansi pergerakan. Dalam konteks pembinaan, jatuh cinta adalah naik marhalah pembinaan. Dalam konteks keimanan, jatuh cinta adalah bukti ketundukan kepada sunnah Rosullulah saw dan jalan meraih ridho Allah SWT.

Ketika aktivis dakwah jatuh cinta, maka tuntas sudah urusan prioritas cinta. Jelas, Allah, Rosullah dan jihad fii sabilillah adalah yang utama. Jika ia ada dalam keadaan tersebut, maka berkahlah perasaannya, berkahlah cintanya dan berkahlah amal yang terwujud dalam cinta tersebut. Jika jatuh cintanya tidak dalam kerangka tersebut, maka cinta menjelma menjadi fitnah baginya, fitnah bagi ummat, dan fitnah bagi dakwah. Karenannya jatuh cinta bagi aktivis dakwah bukan perkara sederhana.

Ketika Ikhwan mulai bergetar hatinya terhadap akhwat dan demikian sebaliknya. Ketika itulah cinta ‘lain’ muncul dalam dirinya. Cinta inilah yang akan kita bahas disini. Yaitu sebuah karunia dari kelembutan hati dan perasaan manusia. Suatu karunia Allah yang membutuhkan bingkai yg jelas. Sebab terlalu banyak pengagung cinta ini yang kemudian menjadi hamba yang tersesat. Bagi aktivis dakwah, cinta lawan jenis adalah perasaan yang lahir dari tuntutan fitrah, tidak lepas dari kerangka pembinaan dan dakwah. Suatu perasaan produktif yang dengan indah dikemukakan oleh ibunda kartini,” …akan lebih banyak lagi yang dapat saya kerjakan untuk bangsa ini, bila saya ada disamping laki-laki yg cakap, lebih banyak kata saya…..daripada yang saya usahakan sebagai perempuan yg berdiri sendiri..”

Cinta memiliki 2 mata pedang. Satu sisinya adalah rahmat dengan jaminan kesempurnaan agama dan disisi lainnya adalah gerbang fitnah dan kehidupan yg sengsara. Karenanya jatuh cinta membutuhkan kesiapan dan persiapan. Bagi setiap aktivis dakwah, bertanyalah dahulu kepada diri sendiri, sudah siapkah jatuh cinta???jangan sampai kita lupa, bahwa segala sesuatu yang melingkupi diri kita, perkataan, perbuatan, maupun perasaan adalah bagian dari deklarasi nilai diri sebagai generasi dakwah. Sehingga umat selalu mendapatkan satu hal dari apapun pentas kehidupan kita, yaitu kemuliaan Islam dan kemuliaan kita karena memuliakan Islam.

Deklarasi Cinta
Sekarang adalah saat yang tepat bagi kita untuk mendeklarasikan cinta diatas koridor yang bersih. Jika proses dan seruan dakwah senantiasa mengusung pembenahan kepribadiaan manusia, maka layaklah kita tempatkan tema cinta dalam tempat utama. Kita sadari kerusakan prilaku generasi hari ini, sebagian besar dilandasi oleh salah tafsir tentang cinta. Terlalu banyak penyimpangan terjadi, karena cinta didewakan dan dijadikan kewajaran melakukan pelanggaran. Dan tema tayangan pun mendeklarasikan cinta yang dangkal. Hanya ada cinta untuk sebuah persaingan, sengketa. Sementara cinta untuk sebuah kemuliaan, kerja keras dan pengorbanan, serta jembatan jalan kesurga dan kemuliaan Allah, tidak pernah mendapat tempat disana.

Sudah cukup banyak pentas kejujuran kita lakukan. Sudah terbilang jumlah pengakuan keutamaan kita, sebuah dakwah yang kita gagas, Sudah banyak potret keluarga yg baru dalam masyarakat yg kita tampilkan. Namun berapa banyak deklarasi cinta yang sudah kita nyatakan. Cinta masih menjadi topik ‘asing’ dalam dakwah kita. Wajah, warna, ekspresi dan nuansa cinta kita masih terkesan ‘misteri. Pertanyaan sederhana, “Gimana sih, kok kamu bisa nikah sama dia, Emang kamu cinta sama dia?”, dapat kita jadikan indikator miskinnya kita mengkampanyekan cinta suci dalam dakwah ini.

Pernyataan ‘Nikah dulu baru pacaran’ masih menjadi jargon yang menyimpan pertanyaan misteri, “Bagaimana caranya, emang bisa?”. Sangat sulit bagi masyarakat kita untuk mencerna dan memahami logika jargon tersebut. Terutama karena konsumsi informasi media tayangan, bacaan, diskusi dan interaksi umum, sama sekali bertolak belakang dengan jargon tersebut.

Inilah salah satu alasan penting dan mendesak untuk mengkampanyekan cinta dengan wujud yang baru. Cinta yang lahir sebagai bagian dari penyempurnaan status hamba. Cinta yang diberkahi karena taat kepada sang Penguasa. Cinta yang diberkahi karena taat pada sang penguasa. Cinta yang menjaga diri dari penyimpangan, penyelewengan dan perbuatan ingkar terhadap nikmat Allah yang banyak. Cinta yang berorientasi bukan sekedar jalan berdua, makan, nonton dan seabrek romantika yang berdiri diatas pengkhianatan terhadap nikmat, rezki, dan amanah yang Allah berikan kepada kita.

Kita ingin lebih dalam menjabarkan kepada masyarakan tentang cinta ini. Sehingga masyarakat tidak hanya mendapatkan hasil akhir keluarga dakwah. Biarkan mereka paham tentang perasaan seorang ikhwan terhadap akhwat, tentang perhatian seorang akhwat pada ikhwan, tentang cinta ikhwan-akhwat, tentang romantika ikhwan-akhwat dan tentang landasan kemana cinta itu bermuara. Inilah agenda topik yang harus lebih banyak dibuka dan dibentangkan. Dikenalkan kepada masyarakat berikut mekanisme yang menyertainya. Paling tidak gambaran besar yang menyeluruh dapat dinikmati oleh masyarakat, sehingga mereka bisa mengerti bagaimana proses panjang yang menghasilkan potret keluarga dakwah hari ini.

Epilog
Setiap kita yang mengaku putra-putri Islam, setiap kita yg berjanji dalam kafilah dakwah, setiap kita yang mengikrarkan Allahu Ghoyatuna, maka jatuh cinta dipandang sebagai jalan jihad yang menghantarkan diri kepada cita-cita tertinggi, syahid fi sabililah. Inilah perasaan yang istimewa. Perasaan yang menempatkan kita satu tahap lebih maju. Dengan perasaan ini, kita mengambil jaminan kemuliaan yang ditetapkan Rosullulah. Dengan perasaan ini kita memperluas ruang dakwah kita. Dengan perasaan ini kita naik marhalah dalam dakwah dan pembinaan.

Betapa Allah sangat memuliakan perasaan cinta orang-orang beriman ini. Dengan cinta itu mereka berpadu dalam dakwah. Dengan cinta itu mereka saling tolong menolong dalam kebaikan, dengan cinta itu juga mereka menghiasi Bumi dan kehidupan di atasnya. Dengan itu semua Allah berkahi nikmat itu dengan lahirnya anak-anak shaleh yang memberatkan Bumi dengan kalimat Laa Illaha Ilallah. Inilah potret cinta yang sakinah, mawaddh, warahmah.
jadi…sudah beradi jatuh cinta…??
wallahu’alam

diambil dari majalah al izzah edisi 11/th4/jan 2005 M

Sunday, July 12, 2009

puisi untuk diri

tidak ku kenal
siapa mereka yang bebal...
tidak ku kenal
apa ertinya kuasa kebal...
tidak ku kenal
yang mana rasa sebal...

yang aku kenal
adalah rasa mual
saat rasa manusiawi di sangkal
ketika manusia tidak lagi berakal
dari cerdik menjadi dangkal

aku mula mengenali...
mereka yang angkuh dan bangga diri
mereka yang mengaku alim sejati
mereka yang merasa boleh serba-serbi
mereka yang jola-joli dari hasil keringat abdi...

langkah bermula
ketika subuh yang ceria
bagai menyinari hidup hari muka..
yang ku rasa, benar hidup adalah juara...

kerana,
sepanjang jalannya
tersedia onak dan duga
untuk mereka yang cekal dan setia
pada hati-hati yang luhur luar biasa...

dan
cahaya menampakkan dirinya...
memberi senyuman mesra
menyapa,
"luar biasa kah hari anda?"
jawab lah! jawab lah! jawab lah!
dengan tenaga yang ada
agar suria mengerti...
bahawa aku, kamu dan semua juara pertiwi!!!!

USIM's


19 Jun 2009...

khabar gembira bukan sekadar untuk diri...tapi seluruh sokongan dan sumber kekuatan yang di hulur....budi yang luhur....serta tiap hati yang tulus dalam setiap doa dan sujud mereka....

18 Jun 2009...

hanya Dia yang Maha Tahu mengapa tiada langsung getar dan debar...Dia lebih tahu pada saat senyum terukir sentiasa....rasa ini lain daripada biasa....esok aku akan ke ESQ....laman yang membina jiwa...menghangatkan suasana dunia dengan kasih sayang Nya..gembira....terharu...tanpa rasa celaru..kerana Dia yang menentu..tiap2 apa yang kita tak tahu...

7.00 pg (19 Jun 09)

perjalanan ke AS seperti tak terasa lelahnya. sampai pada tujuan, kelihatan wajah2 manis penuh tanda....rasa sejuk sentiasa...

8.00 pg....keadaan tenang...

9.00 pg....majlis bermula.kesyahduan terasa saatnya Asma ALLAH dikumandang, setiap ratiban bibir insan yang hadir...bukan hanya Asma Nya di bibir...bahkan terasa dekat si urat leher....

10.00 pg....tiada debar terasa...apakah Allah telah mengambil rasa dari hati yang sering alpa...?esak tangis sekeliling tidak terkira...semua mengenang kembali masa lalu mereka..
aku juga.....

11.00 pg....muni...?ada yang ingin disampaikan?alhamdulillah...ada yang ingin membantu...saat aku berada jauh dari kemudahan itu...dia datang membantu...

12.00 tgh....SUBHANALLAH....ALHAMDULILLAH....ALLAHU AKBAR....kegembiraan teramat sangat..namun...pada siapa aku harus berkongsi...aku tiada siapa di sini. hanya Dia layak menerima rasa syukur ini.....lantai itu menjadi saksi....tempat menitisnya air mata yang ku tunggu selama ini...rasa ini tak mungkin berulang kembali...

4.00 ptg....mereka berhak tahu..kerana mereka sebahagian hidupku...gembira, sedih, sayu....saling wujud..melingkari segenap ruang hati-hati kami...

hari-hari itu terus berlalu...langkah mesti digagahkan. kerana di sana perjalanan masih panjang...


teman, mungkin kalian tak mengerti..mengapa coretan ini sangat berharga buat ku...namun...ia pasti sekali moment terbaik dalam hidupku...
takkan hadir saat itu untuk kedua kalinya...


syukran laka Ya ALLAH.......dan untuk semua!!!......ESQ!Yes!

-fikrjadibaek-

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!