Friday, June 3, 2011

Hari-hari yang sibuk... ;)

Salam semua...

Alhamdulillah, jumpa lagi kat halaman bisu ni...tapi, ALLAH masih memberi nikmat untuk kita saling berhubungan...

Walaupun bisu, saya rindukannya, kerana ia penghubung antara saya dan anda di luar sana. Kita saling berbicara, saling mendengar dalam ukhuwwah yang tak dapat diungkap dengan kata-kata, bahawa saya sayang anda semua, kerana ALLAH...insyaAllah...

Kebelakangan, hari saya agak sibuk, memenuhi program-program yang telah di rancang. Namun, masih ada beberapa kelemahan, bila saya tidak dapat memenuhi beberapa program lain, kerana ia bertindihan tarikh dengan program yang telah dipersetujui sebelumnya, teman, maafkan saya, anda memang sahabat saya, dan sedang memerlukan. Tapi, saya tidak boleh melepaskan janji yang telah diberi begitu saja. Kerana ia akan mengganggu perjalanan majlis yang lain nanti...

Apapun, TerBAek.....!!! kerana anda memahami saya...hehe..

Alhamdulillah...selesai dah BEN 10...masih terngiang-ngiang di telinga suara2 comel yang meminta itu dan ini...lagu tema yang menggugah semangat....n wajah2 comel dan suci dengan mata yang bersinar2 jernih dan terang....

Hari ni mendaftar sebagai urusetia MTQN pula...walau penat semalam belum hilang, peluh semalam belum kering, letih semalam belum pergi....tapi diri tetap berasa nak pergi...nak melibatkan diri...nak sama2 melangkah dalam program ni...

Semoga ini dikira sebagai amal jariah dalam membangun agama.... ;)

Dalam kesibukan yang melanda....saya sedang diuji dengan apa yang saya pernah luahkan dimulut....benar, lidah x bertulang...perlu membuatkan diri sedar bahawa kita akan di uji dengan kata yang dikeluarkan...

Saya telah menolak yang lain hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang saya fikirkan boleh diterima...dan akhirnya, ALLAH datangkan dia yang memenuhi kriteria, yang benar-benar seperti apa yang saya fikirkan boleh diterima...huhu....

Benarlah, ALLAH Maha Mendengar setiap doa hambanya, kerana DIA mendengar doa yang saya pinta, agar DIA mengurniakan dia yang sesuai dengan kehendak agamaNya untuk saya jalani hidup ini....

Dalam sujud, dalam akhir setiap solat, saya berdoa dengan penuh harap...dan akhirnya....

Persimpangan yang ada memang menguji...saya telah melepaskan seorang yang lain dengan penuh redha, saya suka padanya kerana ALLAH, dan ALLAH lah yang mempertemukan dan memisahkan hambaNya...lalu DIA mempertemukan dengan yang lain, agar kita saling berukhuwwah....

Saya menghargai kemanisan iman yang diberi ALLAH, saya menghargai mereka yang meraikan hidup ini, saya menghargai anda semua, menjadi warna diseluruh hidup saya.... ;)

Saya didatangkan ALLAH, seorang yang saya kagumi, sucinya hati, semoga saya dikurniakan hati yang suci juga untuk membuat orang lain selalu gembira...

Selalu, diseluruh hidup saya, mengagumi ketabahan dan kesabaran mak menerima orang baru dalam hidupnya,

Tapi kini, saya menambah seorang lagi koleksi yang saya kagumi dalam hidup saya, kerana dia bukan hanya menerima, malah mencari saya, orang yang sangat penuh kekurangan dan kelemahan ini....

Belum ada kata yang terluah, belum ada putus bicara, tapi hati saya masih senang menerima, insyaAllah, moga ini yang akan menyempurnakan agama saya....

Hidup memang sesuatu yang kita tak jangkakan, hidup memang selalu penuh dengan kejutan, padanya terdapat matahari, bulan dan bintang, yang memberikan cahaya dengan cara tersendiri, menunjuk jalan untuk hamba-hamba yang benar mengerti....

Apa yang penting, hargai apa adanya.....bukan semua yang kita inginkan akan kita perolehi...
Apa yang sebaliknya, mungkin lebih baik untuk kita....berbahagialah menjalani hidup seadanya...! ;)

3 comments:

Anonymous said...

sama2 kita menabur jasa dlm mtqn ye akak..moga kesempatan yg kita lalui ini memberi perubahan yg baik pd kita yg byk kelemahan ini..

Fikrah Anissa said...

yup..begitu lah seadanya ye as....
nanti bleh as menabur jasa dalam majlis akak plak...haha... ;)

Anonymous said...

saya memg menunggu2 majlis akak,,biarlah sederhana, tp mengikut syariat...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!