Tuesday, April 12, 2011

petak-petak kecil kehidupan


hidup ni, selalu kita lihat sebagai hamparan luas, tak pernah tahu mana hujungnya. yang pasti, penghujungnya nanti adalah nikmat atau balasan atas tiap apa yang kita lakukan sepanjang perjalanan di hamparan. tapi, sedarkah kita, kalau hamparan ini terbina dari tiap petak-petak kecil kehidupan..? yang bercantum menjadi satu hamparan, samada ia indah atau tidak, terpulang pada kita, ketika menghiasi petak kecil tersebut. jika hijau warnanya, hijau indahlah hamparan, dan jika selembut baldu petak itu, terhiaslah baldu pada hamparan hidup ini. sungguh, saya melihat ini disepanjang kehidupan saya. yang mana terdapat saya, kamu dan dia dalam hidup ini. dan hamparan ini kita kongsi bersama, sejak mula mengisi petak kecil itu...

semalam mungkin bukan hari paling bahagia, kerana paling bahagia pada saya adalah hari dimana saya dilahirkan dengan selamatnya di dunia ini sebagai seorang Islam, dibesarkan dalam keluarga mengamalkan kehidupan Islam, dan akhirnya boleh berfikir dan memegang fikrah, bahawa Islam is The Way of Life...

tapi, semalam adalah antara petak kecil disepanjang hidup yang membuat saya merasakan bahagia. saya menemani teman membeli cenderahati untuk dibawa pulang. dia akan kembali ke negara asalnya, kerana telah menamatkan pengajiannya di sini. saya telah terlewat 3 jam dari masa yang dijanjikan atas sebab tren tergendala, namun dia tetap sabar berdiri di situ menanti, tanpa membuat panggilan telefon bertanyakan sebab dan di mana saya. kagum dengan kesabarannya, menanti, dengan perut yang sedang menari-nari minta diisi. tapi, dia tetap memandang ke arah laluan keluar tren, menanti kedatangan saya.

saya benar-benar merasa bersalah dengan apa yang berlaku. maafkan saya, teman. sebaik saya sampai, selepas tunaikan solat, saya segera menemuinya, alhamdulillah, dia memaafkan, cuma saya yang merasa sedikit terkilan, kerana kejadian ini. dia ingin membeli sepasang kasut untuk ibunya, membeli sesuatu untuk hadiah kepada kakak dan adik-adik perempuannya, juga untuk sepupu dan anak saudaranya. saya melihat dia sungguh bersemangat. banyak kedai kami pergi, semata-mata mencari benda yang diinginkan. dia tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk hadiah-hadiah tersebut. cuma, sayang, kasut yang dicari untuk ibunya tidak ditemui. kerana rata-rata saiz kasut wanita malaysia, yang paling besar hanyalah saiz 40-41. tapi, dia inginkan saiz 44-45.

lucu, setiap kedai yang kami masuki untuk bertanyakan saiz, pasti si penjual akan memandang saya dengan penuh tandatanya. salahkah dia bertanya? x salah, cuma, mungkin si penjual pelik kerana saya yang ada bersama tidak sepadan dengan saiz yang di tanya. hehehe ;) saya senyum sepanjang jalan. lucu...

semalam adalah hari yang agak lucu buat saya, saya merasakan bahawa saya bagaikan pelancong ke negara ini, dan dia merupakan pemandu pelancong buat saya. dia lebih tahu setiap ceruk di kota batu ini daripada saya. hehe ;) sepanjang jalan, orang melihat kami. pandangan yang entah apa mahu saya tafsirkan.

dia berkata, "Awak lihat, semua orang melihat kita, terutama saya, kerana saya berjalan dengan awak". di beberapa bahagian jalan dan pusat membeli-belah, terdapat penguatkuasa yang memeriksa dokumen-dokumen mereka yang bukan warganegara malaysia. setiap yang dilihat akan ditahan untuk diperiksa. ketika dia dan saya melintasi jalan itu, dia tidak di tahan. saya bertanya, "Kenapa awak tak di periksa juga?," dia menjawab, "mungkin kerana saya berjalan dengan awak". jawapan dan memek muka dia menjawab membuatkan saya hampir tergelak.

dia mungkin bukan orang yang sangat indah untuk dipandang mata, tapi, saya memandang indahnya akhlaknya. sepanjang perjalanan, dia tidak lokek mengeluarkan wang untuk bersedekah kepada mereka yang melarat di tepi-tepi jalan. jika kita hanya berfikir untuk memberikan wang senilai seringgit, tapi dia tidak berfikir 2 kali. berapa sahaja wang yang dapat di capai ketika itu, dia akan memberikannya. saya malu menjadi warga malaysia, yang mana pemimpinnya membiarkan kemelaratan rakyat melata di bumi malaysia. membiarkan ada hati-hati yang merintih sedih, setiap saat memikirkan tentang bagaimana mahu mengisi perut untuk meneruskan kehidupan, sehingga mereka bukan sekadar menjadi miskin harta, bahkan mungkin menjadi pengemis iman dek kerana miskinnya iman kepada ALLAH.

bilakah mereka akan berfikir untuk mendapatkan ilmu? bilakah mereka akan berusaha mempersiapkan diri dengan amal ibadah..? saya berjalan disamping teman saya, berfikir sepanjang jalan, cukupkah hanya dengan program 'feed the homeless'? tak adakah guru-guru agama yang ingin duduk disamping mereka, mengajarkan tulis dan baca? bilakah pula mereka akan boleh membaca Al Quran dan menghayatinya? saya bimbang jika nantinya mereka akan mencari di mana Allah dengan rasa marah, kerana merasakan ketidakadilan ALLAH. sedangkan, mereka tidak berfikir, bahkan lebih parah, tidak ada kita disisi mereka untuk mengajak dan mengajar mereka cara berfikir setiap hikmah dan rahmat ALLAH untuk hambaNya.

petak itu saya tinggalkan, tapi hati ttp ingin membuat sesuatu, ingin melihat agar nanti, mereka mampu memberi kepada yang lain. Ya Allah, dengarkan lah..

berjalan kaki, menaiki tren, kami seiring. orang-orang dijalanan memandang, pelik. saya menyambut pandangan itu dengan senang. biarlah, apa saja orang boleh berfikir dan berkata, tapi saya lebih tahu dari mereka, bahawa dia memiliki hati yang bersih, walaupun kulit kita lebih nampak bersih kerana kecerahan. betapa mengingatkan saya, bahawa ALLAH hanya melihat kita bukan pada bangsa dan warna, tapi siapa lebih taqwanya...

alhamdulillah, dia adalah teman yang menghormati, memuliakan yang lain. ALLAH selalu mempertemukan saya dengan mereka-mereka yang menghormati dan memuliakan wanita selayaknya. mereka menjaga diri mereka, dan menjaga saya sepertimana yang selayaknya. membuatkan saya berasa dihormati dan terpelihara, insyaAllah...

petak-petak ini saya lalui, saling memperingati tentang solat. kerana saya pemastautin malaysia, dia berusaha mencarikan tempat solat yang selesa, dan menanti saya di luar musolla dengan penuh sabar. saya menikmati kemanisan berteman dengannya. apakah nikmat yang paling besar, melainkan teman yang memperingatkan kita tentang solat? bahkan solat di awal waktu.

perjalanan ini memang lelah, tapi saya bahagia. disamping melatih kemahiran berbahasa, saya mengenal tempat-tempat baru, dan saya dapat bertukat-tukar fikiran dengannya. dan paling bahagia, saya dapat membantu dia untuk memilih barang-barang yang akan di bawa pulang ke sana... ;) juga terima kasih untuk kasut yang comel.... ;)

saya bahagia, dapat membantunya ketika dia berusaha untuk membantu seorang mak cik tua, bertongkat menuruni tangga bas, kerana bas yang dinaiki tidak lalu di tempat yang ingin dituju. dia merayu-rayu untuk membayarkan teksi demi memudahkan perjalanan mak cik tersebut. dia melihat mak cik itu seperti ibunya sendiri. berusaha ingin memudahkan, ikhlas membantu, sedang di kelilingi kami, banyak mata-mata yang hanya memerhati. tidak sedikit pun menghulurkan bantuan, walau hanya untuk memimpin tangan dan mengangkat barang.

betapa, petak-petak hidup ini sangat indah, membentuk hamparan penuh warna. moga, dipenghujungnya nanti, ia bersulam emas di syurga. saya ingin hamparan ini di gulung dengan cantik dan kemas di penghujung hayat saya. kerana di dalamnya penuh dengan petak-petak saya, kamu dan dia yang menghiasinya...

Sabda Nabi SAW : "Tidak benar2 beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri..”
**********************************************
Kuharap masih panjang waktu untuk dapat melihatmu....,.
Kuharap masih panjang waktu untuk mbuat kau tersenyum padaku....
Kuharap masih panjang waktu untuk nyatakan kasihku…
Namun.. tidak ku tahu bila..
Andai sesudah ini lisanku tidak boleh berkata lagi…
Andai sesudah ini dadaku tidak berombak lagi…
Andai sesudah ini nafasku bukan milikku lagi…
Atau mungkin saat ini..
Semua terjadi..
Aku hanya ingin kau tahu..
Aku.. Begitu… menyayangimu…

Seorang teman pejuang yang cerdas,cantik dan selalu tersenyum kepadaku,
tapi kasih sayangnya terhadapku seperti bintang.
selalu benderang.


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

2 comments:

Mujahidah Fie Sabilillah said...

Sepertinya, saya tersesat di laman hijau ini. Bahasa dan kisahnya, menarik. tentunya saya akan menjadi tetamunya lagi, insya`allah.

Betapa banyak ibrah yang diketengahkan. Moga dapat juga ana jadikan sebagai bekalan.

- Pertamanya bab sabar yang sangat
- Toleransi yang mekar keduanya
- Ketiganya sifat qanaah
- Apalagi pemurah keempatnya

dan sangat dikagumi sifat kasih sayang yang dipersembahkan.

Moga Allah teguh dan kuatkan hati-hati kita demikian.

Salam perjuangan buat ukht fillah, moga senantiasa dalam redha dan keberkatan Allah.

Fikrah Anissa said...

syukran.. ;) selamat datang ke dunia saya...moga ukhuwwah berpanjangan.. ;)

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!