Friday, April 29, 2011

"............akan nyanyikan lagu di hari tu.............."


setengah jam lagi dari waktu aku menulis ni akan masuk ke tarikh 30 April 2011....
hari yang tak tau nak cakap apa perasaan ni...walau pun dah tak ada apa2 sebenarnya,
tapi still ada sekelumit rasa yang sukar utk diungkapkan...

ucapan selamat yang aku tujukan, mmg dengan tujuan untuk meraikan kegembiraan ini...
moga kegembiraan ni berpanjangan dunia dan akhirat...
alhamdulillah, ucapan itu kau mengerti, bahawa di sebaliknya sarat makna tersembunyi..
terima kasih kerana kau sungguh mengerti...
dan kau balas ia dengan doa yang sangat mengusik hati...
apa pun, aku terima, bahawa memang ini takdir untuk kita...

dan, tiada lain yang dapat aku lakukan hari ini,
selain mengubat hati dengan lagu yang mengingatkan bahawa hidup kita adalah milik DIA...


masih ku ingati...ketika bahagia itu bertandang...
dia yang sama2 kita kenali dlu...pernah berkata...
"............akan nyanyikan lagu untukku di hari itu............"
dan hari itu telah pun tiba, tapi bukan untuk mu dan aku....
dan dia juga tiada di sisi kita, pada saat hari itu berlaku...
justeru, tiada nyanyian untuk mu dan aku di hari itu...
kerana mana mungkin kita kan bersatu....


dan pada hari bahagia itu pergi, memang aku bakal terbang bebas di angkasa...
tapi bukan bebas itu yang ku mahu...
jauh di sudut, aku ingin terbang bebas bersamamu...
sehingga kini, bebasku belum bertemu daratan..

inginku agar daratan yang bakal ku temui nanti,
dia seperti kamu...yang meletakkan DIA antara dia dan aku...

doa ini.....
"MOGA KAMU DARIPADA ORANG-ORANG YANG SABAR" T___T .....
akan ku ingati pesan ini di seluruh hayatku...

...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

1 comment:

Urusetia LANDAS said...

ku tetap mendoakan kau sentiasa dipermudahkan Allah segala urusan ... semoga sukses dan ceria2 selalu

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!