Wednesday, August 11, 2010

puasa pertama

1 Ramadhan 1431 Hijriyyah,

bukan hari yang biasa seperti selalu. ini ramadhan pertama tanpanya. tiada lagi deringan handphone setiap pagi yang membangunkan aku sahur dari kejauhan. tiada lagi bebelan pada malam pertama ramadhan.

sepanjang hari langkah ini longlai, bukan kerana letihnya berpuasa. tetapi setiap sudut pandang merupakan kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan. lincahnya dia di dapur ketika waktu sahur dan berbuka, kalutnya dia menyajikan juadah, demi memastikan anak-anak merasakan air tangannya pada ramadhan pertama. dia sentiasa bersemangat! walau untuk menyediakan makanan. kerana, makanan mencerna minda anak, katanya.

ramadhan yang lepas-lepas,dia pasti mengingatkan supaya pulang pada ramadhan pertama. tapi, ramadhan kali ni, tiada pesanan pulang. tiada sms bertanyakan apa juadah berbuka? tiada panggilan ketika sahur...dan segalanya tiada...

dia dalam kenangan....pastinya puasa dan raya pertama ini paling kukuh di ingatan kami selamanya...
...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!