Wednesday, May 28, 2008

3 ASAS KEKUATAN UMMAH

Mari sama-sama kita renungi...dan jadikan panduan dalam usaha memartabat umat Islam

TIGA ASAS KEKUATAN UMMAH

1. IMAN

- Iman Taqlid
- Iman Ilmu
- Iman Ayan
- Iman Haq
- Iman Haqiqah

2. UKHUWAH

- Pekerja dengan tuannya
- Penjual dengan pembeli
- Anak dengan ibubapa
- Ukhwah yang melahirkan saling Bantu membantu tanpa menuntut imbalan

Cara mengukuhkan ukhwah:

1. Sama-sama menunaikan tanggungjawab
2. Mengikuti program jamaah
3. Mengujudkan pengimbangan hidup
4. Sanggup minta maaf dan bersedia memberi kemaafan
5. Memberi tausiah
6. Menyediakan waktu berhibur
7. Saling ziarah menziarahi

3. KESELARASAN

- Bersama-sama melaksanakan perintah Allah
- Bersama-sama menjauhi larangan Allah
- Amal yang sunat sekadar mampu
- Menjauhi yang makruh sekadar mampu
- Dalam hal khilafiah saling hormat menghormati

1. Menegakkan hukum Allah
2. Memahami matlamat perjuangan
3. Menilai lahir dan batin
4. Melaksanakan uslub perjuangan
5. Menilai isu semasa
6. Menilai ideologi
7. Menilai kawan dan lawan
8. Berjuang dan berkorban

Monday, May 26, 2008

hari terus berjalan meninggalkan masa yang berlalu dengan pantas. semoga esok bertambah baik dan lebih baik...segala kenangan semalam kan kujadikan ingatan untuk perjalanan esok yang masih panjang...

kehidupan pasti kan diisi dengan segala macam warna mendatang.cerah, terang, kusam, kelam, gelap, malam dan siang sebagai cermin diri bahawa setiap kejadian berpasangan dan saling memerlukan mengisi kehidupan yang pastinya kan sangat membosankan jika hanya diri keseorangan. hidup perlu teman, beriman perlu Tuhan, lapar perlu makan, dan segalanya saling memerlukan...

dedikasi untuk seorang teman yang bakal ber'teman' pada 31Mei2008...semoga kehidupan mendatang dilalui dengan kebahagiaan...ketenangan..keamanan dalam rahmat Tuhan...amiin...

Selamat Pengantin Baru....

Saturday, May 3, 2008

talian hayat....

Kepada kawan2 n diri sendiri.Sebagai pengetahuan, Ilmu Penyuluh Hidup ,Amal bekalan PerjalananAkhlak Hiasan Jiwa dan Peribadi.Menuju Destinasi.Akhirat yang Sudah Pasti.

Assalaamu'alaikum,Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.

"Atau....Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu.

Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapapemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini:
24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannyaSabda Rasulullah S.A.W :

"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!