Thursday, November 22, 2012

ingatan untuk kesayangan dalam hidup angah...

untuk walidah, ummu dan semua kakak, adik2 dan juga khasnya ahli keluarga angah yang disayangi...

kita semua insyaAllah akan bertemu lagi dengan 18 Januari, saatnya pemergian bonda kita tercinta kepada Pencipta Yang Maha Agung...

yang sentiasa memeluk dia pada saat senang dan susah, duka dan gembira, pada saat dia berseri-seri dengan kehadiran cinta-cinta hatinya...dan sekalian, Sang Pencipta itulah yang menenangkan dia ketika berhadapan dengan berita duka, bahkan pada saat melihat kulit-kulitnya mula merekah luka....akibat kanser yang dia hidapi...

kita semua melihat ummi bangun bersusah payah untuk tunaikan solatnya, bahkan jauh sebelumnya, ummi terlalu menjaga kesihatannya dan adik Huda, sehingga kita tidak pernah menyangka bahawa sesuatu yang menyesakkan dada ummi itu adalah kanser, penyakit yang mengerikan untuk didengari...

untuk pengetahuan semua, sehingga hari ini, kak ngah tak pernah lupa untuk sentiasa mencari maklumat yang boleh kita kongsikan bersama, sebagai langkah pencegahan ke arah itu...

kat sni ada link yang boleh kita sama2 baca untuk tahu lebih lanjut hal ni...angah sayang semua...!!!

1. makanan yang boleh menyumbang kepada kanser
korang boleh tgk macamana kesiannya tikus tu menghidap kanser kerana dijadikan ujikaji....
besar jasanya untuk kita...

2. susu yang boleh jadi penyebab kanser

3. cara diet untuk lawan kanser

4. khasiat durian belanda untuk cegah kanser

lagi maklumat pasal durian belanda...kat kat sini

5. deodorant dan kanser

6. makanan yang boleh bunuh sel kanser

7. kaitan tampalan gigi dan kanser payudara

8. doa syifa untuk rawatan kanser

9. khasiat pokok daun belalai gajah 

so....baca smua ni k....

Wednesday, October 10, 2012

Selamanya tetap di hati


Ufuk senja kembali mengundang malam datang. Alunan bacaan Al Quran kedengaran mendayu, sayu. Sarat dengan makna, penghayatan dalam bait-bait indah yang suci, murni, tenang. Kicauan burung kembali ke sarang. Pulang petang membawa rezeki yang didapatkan setelah seharian berterbangan. Remang senja pun kelam.

Rumah kecil di kaki bukit itu tidak lagi seperti dulu. Walaupun kelihatan dari luar, ia tetap saja sama, dindingnya, halaman, pokok-pokok menghijau, rimbun pisang yang tembun. 

Namun, dicelahan pohon kelapa yang membuai-lambai, rumah kecil itu menyimpan hamparan indah yang disulam selama ini.

“Adik, tolong ummi, dah nak maghrib ni”, pinta ummi dari ruang depan. Minta tolong pada Huda, anak bongsu yang dipanggil adik. Ummi minta dipimpin ke bilik air. Untuk bersuci, dan berwudhu’. Itu memang rutin hidupnya sejak dulu. Solat tetap saja di awal waktu. Persediaannya awal dari waktu. Sampai saja azan dikumandang, ummi sudah di sejadah. Kini, dia masih juga begitu. Sakit yang dialami tidak membataskannya untuk melakukan solat.


Adik segera ke ruang depan. Melakukan urusan itu seperti selalu. Mengemas ruang terlebih dahulu. Agar sewaktu memimpin ummi, tak ada benda yang menyangkut di kaki ummi. Adik tahu, ummi sukar untuk menunduk melihat langkah di kakinya. Adik juga tahu, keadaan bertambah parah jika ummi terjatuh atau tersadung apa-apa di perjalanannya.

Memimpin ummi ke bilik air bukan satu kerja mudah. Kemudian menanti ummi ketika dia sedang qada hajatnya. Seterusnya mencedokkan air untuk wudhu’. Segalanya perlu sangat berhati-hati. Perlahan. Agar ummi punya ruang untuk menarik nafasnya. Agar tidak terkena pada luka atau bengkak sakitnya. Adik memang kuat berhadapan dengan ini semua. Namun, sebalik kekuatan itu, ummi lah punca kekuatan itu datang. Sinarnya terpancar diwajah ummi. Dia sedang menanggung kesakitan yang bukan sedikit risikonya. Tapi ummi tetap saja tenang menjalani kehidupannya.

Ketenangan rumah kecil saya dan adik-adik  dulunya riuh suaranya. Membangunkan anak-anak untuk solat, ke sekolah, mengaji Al Quran, laungan ceramah agama di radio dan televisyen serta bebelan disiplin untuk anak-anak. Kini, rumah kecil itu masih juga meriah.  Dengan anak-anak ummi yang silih berganti pulang dari perantauan, pesanan-pesanannya masih mengisi ruang rumah kecil di kaki bukit.

Cuma, riuhnya rumah tergantung pada keadaan ummi. Saat dia tersenyum riang, saya dan adik-adik  meraikannya. Saat mengerut dahinya menahan sakit, saya dan adik-adik  turut bersedih. Emosi saya dan adik-adik  dipengaruhi. Tanpa dibuat-buat, seisi rumah turut terbuai dek keadaan semasa. Rumah itu masih saja meriah dengan siri-siri kuliah dan ceramah agama yang di pasang selalu. Rumah itu masih saja meriah dengan alunan nasyid-nasyid yang ummi minati. Rumah itu juga masih bergema dengan alunan ayat cinta RabbNya.

Tapi di sudut rumah, ummi di atas katil. Di kiri dan kanannya penuh dengan Al Quran dan bahan-bahan bacaan. Luang masa yang ada diisi dengan bacaan. Di celahan kehadiran tetamu bersilih ganti, ummi masih membaca dan menyampaikan apa yang di bacanya kepada orang lain.

“Jangan lah tidur nyenyak. Bangunlah solat malam. Ummi takut berjaga malam sorang-sorang”, pesan ummi pada saya dan adik-adik . Tanpa pernah ummi lalai dari mengingatkan anak-anaknya ini. Saya mengerti, pesan ini bukan kerana ketakutannya. Tapi dia benar-benar mengingatkan saya dan adik-adik  tentang solat malam. Ummi tidak pernah merasa takut dengan pekatnya malam. Dia berhati waja, bangun di tengah malam untuk bekerja. Demi sesuap nasi untuk anak-anaknya. Saat itu, adik baru mula bertatih. Bagai tiada hari esok, dia berusaha keras. Agar esok sinarnya cerah. Walau mendung yang datang, ummi tetap berusaha. Kerna ummi menganggap bahawa setiap detik adalah cahaya untuk anak-anaknya.

“Ijah, kalau ummi dah tak ada, jaga adik-adik. Pastikan tidak meninggalkan solat. Kesihatan mereka. Jangan sampai begini”. Ummi masih berpesan. Dia tetap juga sama seperti dulu. Pesannya bukan makan minum yang cukup. Bukan wang ringgit yang melimpah. Dan bukan juga emas perak bertatah. Tapi pesannya hanya tentang solat dan sihat. Nikmat berharga setelah Iman dan Islam yang membuatkan kita hidup bertuah, kata ummi. Dalam, sarat penuh makna. Pesan itu tersemat kukuh di ruang hati. Menyimbah hati yang penuh dengan mazmumah. Ummi berpesan dengan penuh susah payah. Menahan nafas agar sampai di hujung ayat. Saya? Ini azimat! Nyah kau mazmumah! Azam diri.

Keadaan tidak lagi boleh dijangka. Tiap hati saya dan adik-adik  berdebar-debar. Mengira, bertanya sendiri, apakah akan berlaku selepas ini? Sedangkan jawapan itu, saya dan adik-adik  sendiri tidak tahu. Ummi selalu bertanya pada walidah, ibu kami yang lain, yang sangat besar jasanya, samada mungkin apa yang dialaminya adalah tanda-tanda kematiannya? Kelu, lidah mana yang mampu berkata saat itu? Saya dan adik-adik  tidak tahu takdir sedetik selepas ini. Demi menyedapkan hati ummi, saya dan adik-adik , walidah serta yang lain selalu menidakkan. Tapi itu cuma sekali-sekala. Masih ada ketikanya, soalannya saya dan adik-adik  tinggalkan tanpa jawapan. Bukan kerana berlaku kejam pada ummi. Namun, tiada upaya untuk menjawab lagi.

Sejak mula ummi sakit, siapa sahaja yang berada di rumah akan bergilir-gilir berjaga malam untuk menemani ummi. Namun, adakalanya mata tak mampu ditongkat lagi. Tinggallah ummi keseorangan. Walaupun si peneman tidur di sisinya, ummi tetap berjaga di malam hari. Kegelisahan mencari tempat dan cara tidur yang selesa.

“Bangun dari bangku tu, dia nak duduk,” ummi bersuara di suatu pagi indah. Ketika saya dan adik-adik  sibuk-sibuk menjalankan rutin harian merawatnya, mencuci luka, dan meletakkan ubat di tempat tersebut. Ummi minta agar kerusi yang saya dan adik-adik  sedang guna dikosongkan. Dia menunjukkan arah ke muka pintu rumah. Tiada sesiapa. Namun wajah ummi menunjukkan pasti. Di sana memang ada orang yang di sebutkan. Saya dan adik-adik  memandang sesama sendiri. Walaupun tidak melihat sesiapa yang ada di muka pintu, saya dan adik-adik  memberikan ruang.

Seketika, ummi seakan-akan bersembang. Tapi tanpa sepatah kata yang terbit dari mulutnya. Setelah beberapa minit ummi diam, akhirnya dia berkata, “Dia wali ALLAH yang datang berziarah”. Semua mulut terkunci. Hanya hati masing-masing berkata-kata. Tanpa ada ulasan lanjut, saya dan adik-adik  meneruskan urusan lain. Tinggal walidah di sisi ummi. Seharian rumah saya dan adik-adik  sunyi, sepi.

Hari-hari berlalu. Keadaan ummi makin susut. Daripada ummi masih mampu membonceng motor bersama saya dan adik-adik . Gembiranya dia ketika itu. Kemudian di bawa menaiki kereta untuk mendapatkan rawatan. Masih mampu berjalan, menziarahi rakan-rakannya, sanak-saudara. Akhirnya ummi tidak lagi larat untuk berjalan jauh. Sejak lima bulan lalu, tidur ummi tak menentu. Tanpa baring untuk melelapkan mata. Saya dan adik-adik  melihat dengan air mata. Tapi tidak didepannya. Saya dan adik-adik  ingin sekuat dia berhadapan dengan penyakit, memang risikonya adalah maut. Namun, adakala hati tak mampu menipu. Air mata tetap mengalir tanpa mampu ditahan.

Ummi tidak lagi boleh menaiki kenderaan. Untuk ke kereta sahaja ummi sudah kehilangan nafasnya. Saya dan adik-adik  berusaha sedayanya memudahkan keadaan. Kerusi roda, tandas duduk yang boleh dipindah, penyandar badan, bilik air baru untuk kemudahannya, dan segala usaha yang ada. Ummi ALLAH takdirkan menempuh ujian yang sesuai dengan tahap sabarnya. Ummi tak lagi berdaya untuk ke bilik air. Saya dan adik-adik  mengurusnya di katil.

“Malam tadi ummi mimpi, tok datang ziarah, pak teh, tok wan pun ada sama”, ummi bercerita lagi. Saya dan adik-adik  diam mendengar. Mereka orang-orang yang kami kasihi dan telah pergi ke alam baqa’. Ummi ceria sepanjang hari. Ketika menerima kunjungan teman-teman seperjuangannya, dia masih bertenaga, bercerita, dan ingin mendengarkan perkembangan gerakerja semasa. Hanya teman-temannya tidak tega bercerita. Mengenangkan keadaan kesihatannya. Namun ummi tetap seperti dulu. Semangatnya tak pernah luntur. Di atas katil dia memberikan panduan kepada teman-teman. Di atas katil juga dia mengajarkan teknik-teknik bagaimana berucap dengan baik, bagaimana menarik perhatian audien terhadap ucapan. Ummi mengeluarkan ideanya untuk aktiviti-aktiviti yang boleh teman-temannya jalankan.

10 Januari 2010, walidah yang setia di sisi ummi menghubungi saya. Ummi tak berapa sihat dalam beberapa hari, kata walidah. Saya hanya berdoa dalam hati, mudah-mudahan ummi cepat sembuh. Luka ummi sudah mula menampakkan tanda-tanda untuk sembuh. Dan saat saya kembali ke kampus dua minggu yang lalu, ummi masih ceria. Wajahnya cerah. Saya yakin, InsyaALLAH, teriak di hati. Minggu seterusnya saya punya rancangan sendiri. Saya ingin bertemu Pengarah Program Kursus, ingin berbincang untuk menangguhkan semester ini. Untuk memberi tumpuan menjaga ummi. Tekad hati. Dukacita! Khabar yang saya harap menjadi tidak indah. Saya tidak boleh memohon penangguhan semester ini atas beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan. Sedih. Sedangkan saya sudah berjanji pada ummi.

14 Januari 2010, cuti sempena Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Walau sehari, saya mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung di utara tanahair. Semata-mata untuk bertemu ummi, menjelaskan keadaan. Tanpa memberitahu terlebih dahulu, saya pulang segera. Sesampainya, ummi mengangkat wajahnya. Oh! Keadaan ummi memang sangat berbeza berbanding dua minggu lalu. Ummi semakin menunduk. Sangat berat walau untuk mengangkat kepala. Ummi terkejut dengan kepulangan saya. Namun wajahnya cerah. Masih seperti dulu. Senyum, tatkala mengatakan saya pulang bagaikan Negeri Sembilan itu hanya sejarak antara Sungai Petani dan Merbok. Senyumnya cantik. Gigi yang baru siap ditempah itu menambah serinya. Tanpa ada rehat, ummi minta agar dibuatkan bihun ‘PaMa’ untuknya. Makanan kesukaan yang membuatkan dia selalu gembira ketika makan. Cuma saya kadang-kadang terlewat menyediakan. Maafkan saya, ummi.

Cuti ini hanya sehari. Pulang ke Kedah dan jika hendak kembali semula ke Negeri Sembilan untuk hadir kelas sehari, dan selepasnya cuti hujung minggu. Penyakit malas saya mula bertandang. Bukan semata-mata kerana malas, mengenangkan jarak perjalanan, melihat keadaan ummi, saya jadi bertambah malas. Sikap yang tidak baik. “Belajar mesti utama, walau apa pun terjadi,” pesan ummi saat saya menjelaskan bahawa saya tidak dapat menangguhkan semester dan malas untuk pulang ke kampus untuk hadir kelas yang sehari. “Ummi tetap disini menunggu anak-anak pulang, pergilah belajar,” sambung ummi lagi. Luruh hati saya. Dia benar-benar ingin menyampaikan hasratnya yang tertangguh dulu. Dia ingin saya dan adik-adik  mencapai apa yang tidak dapat dicapainya. Oh! Ummi ratu hati kami.

17 Januari 2010, tiket untuk pulang ke kampus sudah ada. Hanya kaki berat untuk melangkah. Sejak kelmarin, ummi tidak meminta untuk di sediakan makan. Saat makanan sudah disediakan pun, ummi masih senyap ketika dipanggil. Menongkat kepalanya dengan bantal, ummi mengangkat kepala sekali-sekala ketika memanggil adik untuk solat, menegur apa yang tidak kena dan ketika ada orang datang menziarahinya. Ketika Zulaikha, adik yang belajar di Universiti Malaya memohon diri untuk pulang ke kampus pagi tadi, ummi mengangkat muka seketika dan sekadar mengangguk. Tanda mengizinkan. Ummi diam sejak pagi. Sejak selepas subuh tadi. Bahkan ketika saya wudhu’ untuknya pagi tadi, dia sekadar bertanya, sudah lewatkah? Ummi tidak mahu subuhnya kelewatan.

Ketika ingin meminta izin untuk pergi, ummi sudah terbaring di katilnya. Tidak seperti biasa. Senyap, sunyi. Ummi kelihatan pucat. Dia mengangguk ketika saya mohon izinnya. Saya langkahkan kaki dengan berat hati. Ayah dan walidah yang menghantar ke perhentian bas. Sepanjang perjalanan yang diringi dengan hujan renyai, air mata mencurah tanpa mampu diempang. Mengingatkan wajah ummi sebentar tadi. Sangat berat. Telefon bimbit saya dail, mencari seorang teman. Padanya saya minta tolong sampaikan pesan kepada Pengarah Program bahawa saya ingin mendapatkan cuti dalam tempoh seminggu untuk bersama ummi. Alhamdulillah, teman saya memahami. Sesampai di perhentian bas, saya cuba menjual semula tiket tersebut. Namun, tiket tersebut tidak dapat dijual semula. Sedih hati saya. Tetapi saya merasa puas dengan keputusan itu. Biarpun harga tiket itu tak dapat kembali ke dompet saya, tetapi itu langsung tidak mengganggu fikiran saya. Dalam fikiran saya hanya ada ummi ketika itu.

Hujan lebat di hentian bas. Saya, ayah dan walidah menanti Amat dan Afifah yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur. Amat belajar di KUIS, Afifah cucu yang ummi belai dari kecil. Menunggu mereka sangat lama dirasakan. Setiap saat, saya hanya ingin berada di sisi ummi. Saya ingin melihat dia di depan mata saya. Setelah Amat dan Afifah sampai, kami segera pulang. Ketika Afifah sampai, ummi mengangkat kepalanya. Memandang, wajahnya kembali segar. Dia pasti gembira melihat cucu kesayangannya.

18 Januari 2010, pagi itu rumah kami sunyi. Adik kembar saya ke sekolah. Adik-adik yang lain ada di rumah. Sejak ummi mula sakit, rumah ini memang meriah hanya dengan bacaan ayat suci Al Quran. Samada di bacakan berganti-ganti oleh setiap ahli rumah yang ada, atau radio yang dipasang, malah kerapkali ummi sendiri yang membacanya. Dia sangat mencintai hobi yang satu ini.

Pagi itu bersilih ganti tetamu yang hadir. Bagi kami, itu adalah kebiasaan. Semasa ummi masih sihat rumah ini sentiasa menerima kunjungan. Kata ummi, tetamu itu membawa rahmat. Rumah kecil ini penuh. Sahabat handai ummi, sanak saudara dan jiran tetangga. Cuma, hari ini ummi tidak seperti biasa. Dia tidak mampu melayan tetamunya seperti selalu. Ketika ummi diwudhu’ kan untuk solat subuh, cuma beberapa ketika dia mengeluarkan suaranya. Setelah itu, ummi diam. Tidak mengangkat kelopak matanya. Ketika waktu sarapan, makanan yang disuap tidak seperti selalu yang membuka seleranya. Ketika proses mencuci lukanya juga ummi tidak bersuara.

Menjelang tengahari, rumah kami penuh. Pak Ngah, abang ummi tiba bersama Mak Ngah dan anaknya. Ummi mengangkat kelopak matanya tatkala diberitahu ketibaan abangnya. Ummi mengangguk perlahan. Setelah itu, teman-teman lama ummi tiba. Hampir sepuluh orang. Saya masih disisi ummi. Memperdengarkan bacaan Yasin untuknya. Pesan ummi selalu.

Menjelang jam 3 petang, adik pulang dari sekolah. Saya segera meminta mereka menjamah makanan tengahari dan kemudiannya menemani ummi dan membacakan Al Quran untuk ummi. Si kembar taat walau penat. Sesudah mereka makan, saya pula ke dapur. Mencari makanan untuk mengisi perut yang kosong sejak semalam. Hilang selera saya untuk makan apabila melihat ummi hanya mampu menerima air zam-zam dan air bacaan Yasin yang kami titiskan. Di ruang hadapan, tempat ummi diletakkan, bergema bacaan Yasin yang dibacakan oleh adik dan teman-teman ummi. Saya menjamah sepotong tembikai. Belum sempat habis di kunyah tembikai pertama yang masuk ke mulut, Mak Ngah dan teman-teman ummi memanggil saya. Saya segera ke ruang hadapan.

Kelihatan turun naik nafas ummi semakin kuat. Ummi kami syahadahkan. Ketika itu, Omar, adik bongsu lelaki saya berada di sisi kepala ummi. Menuturkan syahadah di telinga ummi. Sayup suara ummi kedengaran mengikut. Terakhir kalinya, ummi menghembuskan nafasnya tepat waktu azan Asar mula dikumandangkan. Perjalanan ummi telah habis didunia ini. Di sana pula kembaranya akan bermula. Rumah kecil itu hiba, sayu, dengan esak dan sendu tangisan anak-anak ummi, teman-teman seperjuangannya, sanak saudara, jiran tetangga serta mereka yang berada di sisinya saat itu.

Ummi pergi pada saat dia sedang berbahagia melihat anak-anaknya mendaki puncak jaya. Ummi pergi pada saat kami sudah mengenal dia dan jalan perjuangannya. Ketika kami sudah mula boleh berbincang dan saling memberi pendapat dan buah fikiran. Dia meninggalkan kami dengan seribu satu hikmah dalam mentarbiyah bukan sekadar kami, bahkan teman-temannya. Alhamdulillah, ummi telah mendapat ganjaran akhir hidupnya yang terbaik  untuknya. Pada saat kami masih memerlukannya, masih merindukannya, masih mengharap dia selalu ada bersama, masih memohon doa restunya, ummi kami lepaskan pemergiannya dengan penuh redha.
Ummi tetap kami bawa bersama, dalam pendakian, perjalanan dan pencarian kami. Semangat ummi terus bersama kami selamanya. Kerana, pada saat ummi meletakkan kami, sebagai sumber semangat ummi meneruskan hidup ini. Pada saat itu, kami merasa sangat bangga, kerana ummi adalah wanita yang melahirkan dan membesarkan kami.

Saban malam, ku mengira bintang di langit,
Ummi kata, menjadi yang paling bersinar itu, sengit,
Ugutan, cabaran, godaan selalu menggigit,
Cuma satu, fikiran tak boleh sempit,
Berfikir, jangan hanya setempat,
Tapi malu, perlu bertempat,
Ummi, doamu di jiwa tersemat……


17 Mei 2010, Nilai

Wednesday, September 26, 2012

Rindu buat Ummi & Sayang buat Ummu..


akan sentiasa di hati ini...

MERINDUKAN UMMI SELALU....


dan ingin sekali nanti...

Ummu Nusaybah melafazkannya kepadaku...

kerana ummi akan selalu disini...


untuk mengajarimu 
erti sebuah kehidupan,
sebuah cinta antara hamba dan Tuhan,

mengenalkanmu kepadaNya,
agar nanti Ummu Nusaybah tahu membezakan
kedudukan cinta ummi di hatinya...

sayang sentiasa untuk...


( ;    Ummu Nusaybah binti Anuar    ; )



ekspresi diri seorang hamba

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang. Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh. “Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah. Kemudian, dia menyambung.........

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

*****************************************************



hari ni, mungkin bukan hari yang istimewa untuk semua orang,
tapi, hari ni akan tetap saya ingati untuk kesekian kalinya dalam hidup saya,x tau apa istilah yang sebenar nak menggambarkan hari ni..hanya doa, semoga saya boleh lalui hari ni dengan jayanya...

selalu, orang akan menilai salah dan silap kita, alhamdulillah...masih ada yang sayang untuk mengingatkan dan membetulkan...yang mana salah, betul dan keliru...
moga jalan yang saya lalui tidak buntu...

terima kasih atas ingatan...
saya akui, usia yang jauh ini memang banyak yang saya perlu pelajari...saya bersedia untuk belajar apa sahaja, bersedia menerima apa sahaja, tapi dengan cara saya...saya bukan lah robot untuk bertindak seperti apa yang telah diprogramkan...
pastinya, sebagai manusia, saya akan membuat salah dan silap...akan ada menyakitkan mana-mana sisi kehidupan,...kerana saya tak mampu membuat semua orang merasa cukup dan sempurna...

dan saya menerima segala kekurangan dan ketidaksempurnaan ini sebagai satu kehidupan...

saya akui, bahawa saya akan masuk ke dalam sebuah kehidupan yang telah ada aturan di dalam nya setelah sekian lama...
dan saya perlu menerima ia sebagai kehidupan saya jua...
saya bersedia untuk menyediakan ruang-ruang itu dalam kehidupan saya...bukan seperti sekarang...

saya akan tetap menjadi diri saya...
cuma, kesibukan itu akan berubah apabila tiba masanya...

saya tiada harta untuk memberi, tapi saya punya jiwa dan hati,
insyaAllah akan dibukakan seluas2 nya untuk setiap petak kehidupan saya...

saya menghargai setiap datang dan pergi, kerana ALLAH berhak mengurniakan pertemuan dan perpisahan...

maka berkongsi lah kehidupan ini selayaknya...
seperti mana Rasul memberi seluruh kehidupannya untuk ummatnya...
selayaknya SALAWAT itu untuk Baginda Yang Tercinta...

menjadi diri sendiri x bermakna pentingkan diri,
tapi menjadi diri yang sedar diri..
untuk mengekspresikan diri seorang hamba, yang kenal akan TuhanNya...

menjadi diri yang lapang hati, 
tanpa ada bakhil tercatat
yang mengotorkan hati...

Wednesday, June 27, 2012

kisah berkeliling di kaki bukit

sudah hampir 4 bulan berada di bumi Merbok, kaki bukit banjaran gunung Jerai...tempat nan indah yang selalu menggamit hati agar kembali ke sini selalu. tanggal 8 April 2012, telah lahirlah insan yang kami tunggu selama 9 bulan ini, dia yang kami namakan Ummu Nusaybah binti Anuar, putri yang selalu menggemaskan...lahir secara ceasarean...

semoga permata hati ini tumbuh mekar, membesar sebagai bunga yang mengharumkan agama ALLAH...

muka senyum macam 'star' permberian kakak Aleesya... ;)



hari-hari seterusnya saya lalui dengan melayan kerenahnya, dalam masa yang sama memberi perhatian kepada luka pembedahan yang memerlukan penjagaan...namun, di uji lagi dengan sekali lagi pembedahan tanpa bius yang amat memeritkan...huhu...dan kembali berpantang setelah melepasi 40 hari tempoh berpantang....kritikal...pada saat perut lapar minta di isi...tapi rasa takut utk menyentuh makanan menyesakkan dada dan kepala...

akibatnya, susu yang menjadi makanan utama Nusaybah menyusut kering...
ummi terpaksa menggantikannya dengan susu formula..
disamping luka yang memerlukan penjagaan lebih dari sebelumnya...
menyebabkan keterpaksaan itu berganda...
maafkan ummi..

agar nanti Nusaybah tahu, sakit yang ummi lalui terganti dengan senyum mu, 
agar nanti Nusaybah tahu, sakit ini selalu terubat dengan gelak dan tangis mu,
agar nanti Nusaybah tahu, bahagia melihat dirimu membesar cerdas dan cergas,
menghilangkan sakit yang membekas di perut ummi,
membawa seluas gudang cahaya, harapan dan impian,
agar nanti Nusaybah tahu, ummi dan ayah ingin dia menjadi permata di hati semua...

tempoh-tempoh kritikal itu berlalu pergi...namun, kesannya masih di sana....sakit masih tetap ada...
dan hidup perlu diteruskan lagi...
cerita di kaki bukit tercoret setiap hari, dalam dakapan kasih saya
membilang hari kerana perlu meninggalkan Nusaybah, demi pelajaran...

agar nanti Nusaybah tahu, ummi pergi kerana ilmu...
jika boleh, memang ummi akan bawa dirimu pergi bersama...
bukan mudah utk ummi tinggalkan kesayangan ini...
walaupun masih punya beberapa bulan...
tidur ummi sudah tak lagi lena...kerana..
memikirkan keadaan mu nanti ketika ditinggalkan..

tapi..saya tahu,...dengan adanya dia di sini...
kaki bukit ini akan terus menggamit saya pulang ke sini.... ;)

-sayang untuk Nusaybah-

Thursday, March 1, 2012

29 days go to....

hari ni dah 1 mac...kalo ikut due ...1 april ni...huhu...

menanti dan mengira hari yang mendebarkan...

dalam masa yang sama teruja ingin melihat kurniaan ALLAH Yang Maha Hebat...

kerna Dia mengurniakan cinta antara kita...lalu kemudian Dia menambah seri cinta itu dengan kehadiran nikmatNya yang lain. SubhanAllah...sesungguhnya nikmat paling besar yang selalu dan semua orang mengharapkannya...

andai saja suara ini boleh kedengaran ke seluruh alam, ingin saja memberitahu seluruh dunia akan keterujaan ini...dengan perasaan yang bercampur baur, antara gelisah dan resah, gementar dan takut, suka dan gembira, setiap detik ini di kira....

menanti detik tibanya si comel harapan ayah dan bonda...

pada saat kaki x larat melangkah, pada saat badan terasa berat, pada saat tidur malam terganggu, dan segala detik yang meresahkan, sejenak akal selalu mengingatkan bahawa ini adalah sebuah kegembiraan, bukan sakit yang dirasakan...

seketika juga hidup menjadi indah, semangat makin bertambah, kaki yang berat dipaksa melangkah, agar ini bukan alasan untuk merasa lelah, bukan tempat untuk melepaskan keluh kesah...

untuk kita, ayah dan ummi buat permata ini, ketawa dan tangis kita adalah sebuah nikmat, ALLAH kurniakan agar nanti kita selalu sabar menghadapi kerenah sang permata hati...agar nanti kita selalu dapat mengingati, kita pernah ketawa dan menangis bersama semasa menantikan detik tibanya dia...yang kita dambakan untuk mewarisi perjuangan agama ini...

with love....

coretan ini ditulis... ;)

Saturday, February 4, 2012

4 Februari 2012 / 11 Rabiul Awwal 1433 Hijrah


hari sabtu hari ni, x der mood nak pegi mana-mana...hajat kat hati, balik rumah nk sembang2 dgn walidah n ayah yang dah lama x jumpa...last2...tinggal sendiri kat rumah...zu pergi reunion sekolah rendah dia...afifah pegi kenduri...(macam ketua kampung plak budak sorang nih... ;), omar plak pg beniaga...hm...sambil duduk, habiskan baca Quran je kat rumah...alhamdulillah, dapat khatam kali kedua sepanjang tempoh hamil ni...

paling bahagia, masa nk baca doa khatam Quran, zauj telefon...hehe..rindu la tu... ;) tq hubby... untuk semua ni...selama tempoh ini, insyaAllah semuanya membuatkan hati rasa bahagia, dihargai, hehe...tiba2 je jadi jiwang plak kat sini...x patut ke...? hm...biasalah...menunggu kelahiran pertama...dan insyaAllah yang seterusnya, pasti suatu yg membahagiakan...

adik2 dah siap pilih nama utk anak sedara yang bakal lahir...excited btul!...lebih dari umi n ayah baby... ;) alhamdulillah...smua nikmat ni...milik ALLAH...moga yang bakal lahir nnt pn akan menjadi anak yang selalu bersyukur apa adanya...

esok 12 Rabiul Awwal... sempena kelahiran Rasul, Sang Pencerah Alam...yang membawa risalah wahyu...pasti akan selalu diseru pada anak ni nnt...betapa, jika saat ni, Rasul Allah bersama kita, saya ingin membawa dia berjumpa Rasul Yang Mulia saat selepas melahirkannya...saya ingin tangan mulia itu menyentuhnya...yang pertama...saya ingin Baginda melaungkan azan di telinganya...saya ingin semua yang terbaik dari sosok mulia itu...agar nanti diwarisi dan mengakar hidup dalam jiwa anak ini...


tapi....yang pasti, risalah wahyu itu tetap bersama kita hingga hari ini...walau tanpa sosok mulia itu di depan mata, saya tetap ingin jiwa anak yang bakal lahir membangun bersama cinta yang diajarkan Rasul kepada kita...

harapan umi n ayah ttp sama utk anak...cinta ini kami bangunkan untukmu... ;) yang akan kami wariskan untuk agama ini...catatan kenangan ini akan terus mekar bersama tumbuhnya dirimu membesar nanti...ameen...

lagi...bila on fb...tgk banyak kwn2 dh mula gerakerja untuk kempen tutup aurat...dengan keadaan skg...sy hanya mampu menolong yang termampu..insyaAllah...tapi kalo nk turun lapangan tu...x la kot..bawak badan pn x bpa nk larat dah..hehe...maaf yer....apa pun...seronok tgk kerja2 yang terus berjalan...

doa saya bersama kalian selalu... ;)

hm...lagi berapa minggu, akan masuk sem baru...kena pisah lagi dari zauj..huhu...sabar je la...demi menunaikan hasrat arwah mak, demi ilmu...kena tabahkan hati...huhu...

jumpa kengkawan kat nilai plak....!jgn lupa kumpul citer korang masa ROS yer...nnt kita share...! walau pun aku x join ROS...tp nk jgk dengar citer... ;)

jumpa lagi nanti....!


HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!