Monday, March 28, 2011

putih salju artik

saya nukilkan ini sebagai kenangan, moga catatan ini menjadi indah untuk dikenang..

saya gembira dengan kehadirannya,
saya bersyukur atas tiap perhatian,
walaupun bukan setiap detik deringan,
walaupun bukan setiap ucapan sayang,
walaupun bukan setiap kata-kata yang mengundang goyahan iman,

perhatian tanpa perbualan,
ingatan di setiap hujung talian,
ilmu dalam setiap teguran,
hanya hati saling berbicara, menghantar senyuman,
gurau tanpa nada berbaur syaitan,

saya bersyukur atas apa adanya,
dia dan saya hanya insan biasa,
hanya ALLAH yang mengatur setiap golakan hati,
moga dia dan saya selalu mengerti,
bahawa hidup ini memerlukan sedikit terima dan banyak memberi,
sepertimana dia banyak berkongsi,
saya juga akan mula mempelajari,
bahawa dengan berkongsi, hidup lebih bererti,


Ya Allah, putih salju artik,
indah ciptaanMu, kurniaan tanpa terdetik
hamparan putih ini akan kami lorek,
wajah indah, warna menarik,
menghiasi rumah kami nanti dengan tawa iman tanpa carik,
sepenuh hati, seteguh janji,
Kau Yang Utama, RasulMu yang kami mulia,





agar nanti, salju artik ini
mengalir ke pelosok alam, membawa hidayah Ilahi
menyampaikan ihsanMu ke hati-hati mereka yang ingin mengerti,
moga jalan yang kami tempuhi kini,
Kau berkati, sepenuh hati, kami memohon dengan rendah diri,
moga hamparan putih salju artik ini, kami dapat harungi....
Ya Allah....Ya Rabbi....

...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!