Tuesday, March 15, 2011

Jalan Yang Takkan Sunyi

11 - 13 Mac 2011, Ziarah & Dakwah Orang Asli, Kuala Mu, Perak

saya sangat sibuk pada minggu-minggu akhir semester ini. tapi, seruan ini sungguh menggoda untuk melangkah. walau pun kerja berlambak-lambak, saya cuba menyiapkan sbelum perjalanan ini. supaya rakan-rakan lain juga boleh melepaskan saya pergi dengan rela hati. pagi jumaat,kelas, petangnya pula, sengaja memberanikan diri, masuk pertandingan nasyid. x tau la suara blh nasyid ke tak..tapi, alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...

"....sekeping hati dibawa berlari
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
di depan matamu, para pejuang...

tapi, jalan kebenaran
tak akan selamanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu mangsa..."

hm...sengaja pilih lagu tu...menjadikan semangat memulakan perjalanan pada sebelah malamnya...setelah lama x menjenguk ke k.mu...kali ni dapat peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke sana..alhamdulillah...selamat pergi n pulang kembali...rindu dengan saudara-saudara di k.mu...x terkata bila dapat menjejakkan kaki lagi ke sana...

belum pun kenderaan sampai, angin kuala mu melambai-lambai meminta untuk didatangi...rupa-rupanya untuk membuktikan pada saya sekali lagi...agar hati ini terus teguh berada di jalan ini.

mungkin ramai yang mempersoalkan, setelah bertahun-tahun mendaki bukit petai tu, apa hasilnya? tapi kali ini saya melihat sendiri hasilnya. saya terkedu, x tau nak buat apa-apa. saat melihat mereka bersalaman sesama mereka, peluk dan ciuman ukhuwwah....sama macam kita lakukan pada mereka selama ni...tapi kali ni, mereka sesama mereka...

air mata saya menitis tanpa sedar. ketika anak pak hadu yang bersekolah di kuala kangsar tiba, di hantar oleh pihak JHEOA, saya ingin mendekati, bersalaman. tapi dari jauh saya melihat adik beradiknya dan anak-anak angah meluru ke arahnya. saya berhenti, melihat dari jauh kegembiraan mereka bertemu. ketika itu, hati saya menjadi sebak. hanya detikan hati berkata-kata, ALANGKAH INDAHNYA PEMANDANGAN INI ! mereka sangat gembira, bersalaman, berpelukan, bertanya khabar...
inilah indahnya dakwah. dalam jerih dan payah, dalam susah dan kadang2 goyah, kita terus ALLAH kuatkan untuk melangkah. dan DIA membuktikan manisnya iman dan islam pada keadaan2 yang tidak kita sangkakan...walau hanya pelukan dan ciuman ukhuwah sejak bertahun-tahun lalu, ianya sangat besar dalam nilai dakwah.

kali ni, perjalanan dakwah dan ziarah bersama grup 4x4 D'harung Dengkil. benarlah, jalan dakwah memang tak pernah sunyi...ALLAH pasti akan menghantar orang-orangnya untuk membantu agama ini...semoga terus menjadi yang terpilih pada jalan Allah...

http://www.facebook.com/album.php?fbid=1581981238423&id=1502483783&aid=2074466



"dulu, kita pernah berjanji, bahawa jalan ini takkan kita tinggalkan,
dulu, kita pernah sama-sama melangkah dalam payah
dulu, di sana tempat tautan ukhuwwah
kini sepi, tanpa jejak kita
sedangkan mereka sudah meriah,
dengan semakin mekar Islam
dalam mekarnya adik-adik kita membesar...
mari kita renungi kembali
adakah segalanya hanya cukup terhenti di sini?
sedang mereka bertanya tanpa henti
tentang ALLAH dan Nabi-Nabi
kembali teman,
di manakah janji-janji?"


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!