Wednesday, March 23, 2011

pesan buat diri....


ketika rasa sakit menerpa,
ingatlah DIA yang memberi rasa sakit,
ketika sesak nafas melanda,
ingatlah DIA yang mengawal setiap gerak udara,
ketika jiwa gundah,
ingatlah DIA pengubat keluh kesah,
ketika hati merasa goyah,
ingatlah DIA yang meneguhkan ukhuwwah,

tapi, jangan hanya itu,

bila senang menghampiri,
ingatlah DIA yang lebih kaya,
bila jiwa merasa bahagia,
ingatlah DIA yang membahagiakan kita,
bila sihat bertandang,
ingatlah DIA yang wajib ditinggikan,
bila segala derita pergi, bahagia bertandang,
ingatlah bahawa mati, bila-bila kan datang,

amal kena panjang,
silaturrahim jangan diputuskan,
dakwah mesti disampaikan,
akhlak mesti diperbaikkan,
dengan jiran jangan ada kezaliman,
dengan haiwan perlu ada belas ehsan,
hak sesama insan jangan diabaikan,
kasih sayang adalah penyatuan,
hati dan fikiran,
ke arah kebenaran,
satu Tuhan yang di agungkan.....!!!


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!