Wednesday, July 14, 2010

Tragedi Bulan Terang

"Bangun, bangun! Dik, bangun.." aku mencelikkan mata dari balik selimut. Hampir-hampir saja aku menjerit kerana ada suluhan lampu tepat ke arah mataku.

"Ada apa?", soalku lagi. Aku lihat sekeliling. Teman-teman ramai yang sudah bangun, segera bersiap memakai jubah dan tudung. Tidak lagi mampu memilih, jubah dan tudung itu milik siapa. Yang ada di fikiran hanyalah ingin segera menutup kepala dari ternampak dek lelaki-lelaki asing ini.

Malam itu, asrama kami di serbu oleh Jabatan Agama. Menurut apa yang ku dengar dalam keadaan hingar bingar itu, ada sesuatu yang meragukan di sini. Kami semua di arahkan keluar dari asrama. Beratur di hadapan asrama. Selepas beberapa jam, ketika waktu menghampiri subuh, keseluruhan kami di bawa menaiki 5 buah trak black maria ke sebuah bangunan pejabat. Aku masih ingat, ketika ini berlaku, aku baru saja menginjak usia 10 tahun.

Di pejabat itu, kami di senarai nama oleh beberapa pegawai. Seorang mak cik menghampiriku, dia berbisik, kalau nanti ada orang meminta nama kamu, jangan beritahu nama sebenar ayah kamu ya? Pesan mak cik tersebut bersungguh-sungguh. Aku tanpa mengerti apa pun, taat mengangguk.

Kami berada di bangunan pejabat itu selama beberapa jam. Pagi menghampiri jam 11, sekali lagi kami di arahkan beratur untuk menaiki black maria tadi. Apabila kami keluar saja dari pintu bangunan itu, flash kamera tak berhenti-henti mengambil gambar kami. Aku makin hairan. Kata kawanku, kita sedang di landa ujian. Dia kembali tersenyum sesudah itu. Aku turut senyum bersama.

BERSAMBUNG......;)

...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!