Friday, July 23, 2010

Tragedi Bulan Terang




Akhirnya, asrama dan sekolah kami di tutup sementara siasatan dijalankan. Aku pulang ke pangkuan keluarga. Gembira rasanya hati, bila pulang dapat melihat wajah bonda tercinta. Setahun lalu, emak mengambil keputusan yang sudah lama dia impikan. Peluang menyambung pengajian ke Mesir tidak dilepaskan demi menimba ilmu dan pengalaman di bumi Anbiya’. Emak meninggalkan kami adik beradik di bawah jagaan Mak Long. Ramai tersentuh hati, tatkala adik yang paling kecil ketika itu, baru saja berusia setengah tahun, dititipkan kepada Mak Long kerana keadaan tidak mengizinkan dia di bawa bersama. Emak memang tidak tega hatinya. Tetapi, kami merelakan pemergiannya kerana kami memahami bahawa dia memang berhak menunaikan impiannya itu.



Bermakna, setahun juga lah kami berpisah. Emak tak pernah lupa mengirimkan kami titipan setiap 2 bulan. Ada gambar, dan oleh-oleh dari Mesir. Emak pulang dengan penuh dan sarat dengan cerita, pengalaman dan berbagai lagi yang dikongsikan bersama. Emak memang berbakat. Dia boleh menyampaikan sesuatu persis dari sumbernya. Tak pernah tercicir satu pun. Dengan penuh emosi, mukanya sahaja sudah bercerita tentang apa yang dilaluinya. Kisah tentang kali pertama dia menjejak kaki di sana. Kisah tentang kelas bahasanya. Tak kurang juga, pengalaman mahal terindah dalam hidupnya, menginap di Pusat Tahanan Qanatir, penjara bawah tanah Mesir!

Hidup memang suatu kejutan. Tanpa disangka, kehidupan yang selama ini aman, mula diganggu oleh anasir lain. Kehidupan bagaikan pelarian di tempat sendiri memang tidak indah. Terpaksa bersiap sedia setiap masa. Tapi, kata ayah, itu bagus. Bayangkan jika ini saatnya kita mati. Persediaan wajib ada pada bila-bila masa pun. Kerana mati tak memberitahu saat datangnya.

Selama hampir dua bulan. Hidup menjadi tak terarah. Tapi, setelah aman kembali menjelma, sekali lagi badai melanda. …

BERSAMBUNG… ;)


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!