Friday, July 9, 2010

dari hati paling dalam

saya sentiasa rindukan tempat ni..dan saya akan terus rindukannya di sepanjang hayat saya..sejauh mana pun kaki melangkah...seluas mana pun indahnya alam..tempat ini sangat bererti buat saya..

di sini saya belajar bangun dari segalanya. di sini saya membesarkan cita-cita, membesarkan impian adik-adik..memperlihatkan jalan untuk mereka..demi mak yang tercinta..pinta saya hanya satu..saya ingin lihat dia senyum penuh bangga..saya ingin lihat hati bahagianya dari raut wajahnya..saya ingin dia selalu bahagia..

sejak dulu, teman-teman, dan ramai lagi orang yang bertanya, untuk apa terus belajar..?tentu jawapan dan soalan sebelumnya adalah : buat apa sekarang? saya jawab, dalam proses sambung belajar..

sehingga telinga saya dan mak sempat panas pada suatu ketika..saat diperli oleh seorang saudara mara yang mana pinangan anaknya untuk saya telah saya tolak..atas alasan akan menyambung pelajaran..sedangkan pada ketika itu saya masih ke sana-sini, sibuk dengan kerja. dari dulu cakap nak sambung belajar, tapi tak sambung ke mana-mana pun!..aduh! pedih sekali ayat tersebut..tapi mak masih dengan senyumnya..dengan jawapan yang meredakan marah saudara tersebut..sedangkan saya tahu, hati mak pedih dengan kata-kata itu.

orang hanya melihat dari luar. mereka tidak pernah tahu dan ambil tahu apa yang kami lalui..saya mengambil masa terlalu lama untuk kembali menyambung pelajaran, demi memberi laluan kepada adik-adik. walaupun ada yang mengatakan ini adalah tindakan bodoh, tapi saya percaya, bodoh saya bukan sembarangan untuk membinasakan diri sendiri. saya mengorbankan masa dan tenaga dengan penuh rasa percaya pada adik-adik..bahawa mereka takkan pernah mensia-siakan peluang yang ada.ada lagi pertanyaan berbau sinis, untuk apa belajar hingga usia terus bertambah, untuk apa mendahulukan adik-adik, untuk apa terus belajar, sedangkan hasilnya tak pernah nampak, semua ini dek kerana perjalanan ini terlalu lambat prosesnya, perubahan juga tidak nampak drastik...

persoalan sinis ini saya jawab dengan penuh yakin, samada berdetik di hati atau terlafaz di lidah, bahawa belajar adalah proses seumur hidup. dan saya takkan pernah merasa terlambat untuk belajar selagi diri mampu bernafas dengan udara ALLAH. biar pun perjalanan dan perubahan ini terlalu perlahan, saya yakin, hasilnya ALLAH pasti memberi yang terbaik untuk tiap kehidupan ini. ..untuk apa lagi terus belajar? saya belajar bukan untuk sesiapa..selain matlamat untuk terus meningkatkan kualiti diri, saya ingin terus belajar untuk memberi semangat pada adik-adik.

biar sesusah apa sekalipun jalannya, saya mahu adik-adik saya terus belajar demi ilmu. saya mahu mereka faham hanya ilmu harta berharga yang tak ternilai. tak mampu dijual beli. saya dikatakan memanjakan adik-adik sepanjang usia mereka membesar, apa lagi yang mampu saya lakukan.? saya mahu adik-adik saya fokus pada pelajaran. saya takkan biarkan mereka melalui apa yang telah saya lalui..itu tekad saya..

alhamdulillah, syukur setinggi syukur, saya dikurniakan keluarga yang baik, ibu yang baik dan adik-adik yang baik..mereka tahu bahawa hidup penuh liku ini perlu di perbaiki, mereka tahu bahawa gunung harapan ibu wajib didaki..dan mereka tahu bahawa segala kesusahan yang ini harus dipermudahkan..dan mereka memang tahu bahawa saya memberi mereka semangat melalui apa yang saya buat..

ya! mereka memang sangat membahagiakan..saya tak pernah merasa menyesal punya adik yang ramai, saya tak pernah rasa menyesal atas lelah yang saya curahkan..kerana ibu lebih lelah dalam membesarkan kami semua..

hari ini, saya berdiri di belakang mereka dengan senyum berganda...membawa bersama senyum ibu tercinta...walau pun belum benar-benar berjaya, tapi saya membawa nama mulia ibu tercinta sentiasa, ke mana-mana...saya ingin adik-adik sentiasa merasa dia sentiasa ada bersama, dan dia pasti kini sedang tersenyum kerana adik-adik ini punya teguh keyakinan, jati diri dan pegangan yang bukan alang-alang...

bahawa hanya ALLAH dan RASULNYA ada bersama, walau dimana-mana..

semoga mereka terus berbakti pada agama, nusa dan bangsa...menjadi
- akauntan yang bertaqwa
- doktor perubatan yang bertaqwa
- pakar geologi yang bertaqwa
- ahli agama yang bertaqwa
- dan si kembar yang yang sedang membentuk arahnya...moga menjadi mujahidah solehah yang bertaqwa...

dari hati paling dalam, saya membina asas dan laluan untuk mereka, seperti mana insan-insan lain yang telah berjasa dalam hidup saya dalam membina laluan ini untuk saya...

dan saya menghadiahkan mereka kepada masyarakat, agar mereka membesar dengan penuh rasa hormat sesama manusia, membesar dengan penuh rasa cinta pada agama, dan membesar menjadi orang yang kita semua impikan untuk pembangunan ummah...

tegurlah saya dan mereka saat ada tersalah kata, khilaf bicara
bangunkan saya dan mereka saat ada antara kami yang terlena
dan solatkan lah saya dan mereka saat ada antara kami yang gugur di medan juangNya..
moga kita semua akan terus memegang tali ukhuwwan ini berpanjangan, selamanya, hingga ke syurga...


(...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...)

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!