Tuesday, October 7, 2014

hari raya aidil adha ketiga

daripada raya aidil fitri, kita tak dapat raya bersama.. kini..aidil adha menjelma... kita belum lagi bertemu... janji seorang yang tidak memegang janjinya.. membuatkan hidup kita begini akhirnya... sabarlah ummu... hari ni ummi dah mula masuk kerja... belum dapat jumpa ummu nusaybah... miss you so much... 2 hari sebelum raya...khabar duka melanda sekali lagi... kereta telah dipecahkan cermin oleh orang yang tak dikenali... semua dokumen hilang... dokumen dokumen penting.. ummu, sabarlah...ummi akan selesaikan semua satu persatu... dan kita akan kembali bersatu kembali... ujian ini hanya sedikit melanda hidup ummi.. berbanding kehilangan mu dalam hidup ummi... dan... ini bukan lah apa2...tetap blh dicari ganti.. berbanding ummu nusaybah, yang takkan ummi dapat dicari ganti di mana-mana... sabar ini bukan hanya kini, kita akan lalui ranjau ini bersama selepas ini, dan seterusnya... kita akan corak kehidupan kita.. ummu dan ummi bersama...

Saturday, October 4, 2014

....seiring masa berlalu...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... finally, berjaya berusaha menaip kembali di sini...setelah sekian lama menyimpan semua cerita-cerita kehidupan, yang mahu atau tidak, pasti akan tercatat dalam lipatan sejarah hidup saya sendiri... tulisan terakhir, 2013, sangat jauh meninggalkan saya, anda dan semua... pelbagai peristiwa telah pun berlaku, ada sahabat yang telah dijemput usianya menghadap Rabbul Jalil, ada sahabat yang telah mengorak langkah ke persada akademik yang lebih tinggi, dan ada sahabat lain yang telah pun melewati hari raja sehari mereka, yang sangat saya kesalkan kerana tidak dapat menghadirinya....semua dalam penentuan Allah... dengan izinNya, dan jika tidak dengan izinNya....semua perkara berjalan dengan kehendak yang telah DIA aturkan... walau ia sesuatu yang tidak kita inginkan, walau ia sesuatu yang kita semua berusaha untuk elakkan...tetapi, DIA lebih tahu, bukan tentang keinginan kita, tetapi keperluan kita...ALLAHU AKBAR... 4 Oktober 2014, hari ini, alhamdulillah, saya masih DIA kurniakan nyawa, kesehatan dan jari yang masih mampu menari, menaip di lembaran usang ini untuk berkongsi rasa dan mungkin sekadar cerita-cerita biasa... genap lah hari ini 4 bulan telah berlalu, tiada rengekan tangis ummu nusaybah di tengah malam, tiada ajakan tidur minta dihamparkan gebar, tiada permintaan makan yang resipinya 'cepat'....tiada telatah comel, mungil, ceria, ekspresi muka, marahnya, garangnya, dan rengekan manja si kecil nusaybah...
yang besar jiwanya, selalu memaafkan ummi yang selalu silap dalam belajar membesarkan dan mendidiknya... yang selalu menjadi guru dalam tiap perbuatan, kerana dia reflek ummi sebagai muhasabah diri.... tiada lagi semua, nusaybah yang pandai memilih apa yang mahu di pakai selepas mandi, yang memilih kasut untuk berjalan, yang pandai menukar kasut di kedai, di ambilnya yang baru, lalu di tinggal kepunyaannya yang lama di rak kasut kedai...dia yang sabar menanti ummi membayar tiap2 harga barang yang dia ambil di kedai...kerana telah dididik, bayar dahulu sebelum bawa barang keluar dari kedai...
ummu nusaybah, senyum simetri yang takkan pernah ummi lupa sehingga pejam mata nanti...yang akan ummi doa kesejahteraannya, walau di mana dia berada...
yang akan ummi bisik selalu di hati, agar ALLAH pegang hati-hati kita dengan kasih dan sayang, dengan tali yang takkan pernah putus, dengan bisikan cinta ummi untukmu... ummu nusaybah, ummi selalu membisikkan sesuatu buatmu, sejak dari dia di rahim ummi, agar nanti besar, jadi orang yang sabar dan kuat menghadapi dugaan hidup, agar nanti membesar dan membaja namamu sebaris wanita-wanita mulia yang ALLAH janjikan syurga buat mereka,
kerana itu, namamu dipilih, agar ia bukan sekadar nama, tetapi nama yang akan membuat nusaybah kecil, membesar dengan jiwa yang lapang, luas, dan selalu yakin, bahawa hidup ini aturanNya, DIA punya skrip terbaik buat kita.... kerana itu, walau tak sampai tangan ini untuk memelukmu, ALLAH pasti ada, memeluk mu, dan menghadirkan ummi disetiap mimpimu... walau tak sampai tangan ini untuk membelai, ALLAH pasti ada, membelai mu, nyaman selalu dalam rahmat kasih sayangNYA, lebih dari yang mampu ummi berikan...
moga nanti, nusaybah kecil bakal besar, melangkah jauh, menyampaikan kaki ummi, yang mungkin takkan lagi gagah berlari, mengejar syahid yang kita sama-sama nantikan, impikan.... masih ingatkan, cerita-cerita kita sebelum tidurmu....kisah Nabi Sulaiman dan rakyat semutnya.... ummi selalu gembira, pabila waktu terus berlalu, dari nusaybah kecil hanya sekadar mendengar cerita, kemudian mampu membalas dengan sepatah kata, kemudian mampu menyambung cerita dengan sepatah kata, dan akhirnya, nusaybah kecil ummi, mampu melengkapkan cerita.....kemudian, pada malam-malam seterusnya, dia pula yang bercerita....menjadikan ia bedtime story untuk ummu....lalu kita ketawa gembira bersama....dan ia terus menjadi cerita malam-malam kita yang orang lain tak pernah tahu bagaimana ummi ceritakan kepadamu.... nusaybah kecilku, cerita itu, untuk menyemai jiwamu, Nabi Sulaiman, seorang Nabi Allah, yang mulia, dikurniakan mukjizat, kuasa dan segalanya, tetapi, masih mendengarkan suara rakyat semutnya, dan tertawa terhibur, terdidik dengan cara raja semut melindungi rakyatnya.... cerita itu, cerita kita, cara kita, agar nanti, jika kau besar, jangan di lupa pada yang kecil....kerana sayang Allah, bukan pada bongkaknya sikap, bukan pada mahalnya pakaian, bukan pada wang ringgit, tetapi pada kerendahan hati dan budi, taqwa dan hikmah.... agar nanti, nusaybah kecil kan cerdas, membaca coretan ini, tiada kata untuk ummi gambarkan sayang padamu, tiada kata untuk ummi luahkan sebagai bukti cinta ini, kerana, semuanya berada jauh di dalam dada, yang tak terluah, hanya DIA lebih tahu, moga DIA menyampaikannya padamu, juga melalui caraNYA yang tersendiri....seperti mana DIA menyemai cinta kita, dengan caraNYA tersendiri.... tiada tali yang mengikat, tiada sentuhan yang di rasa, tiada kata-kata yang terluah, tiada segalanya kini, seiring waktu berlalu.... ummi sayang ummu nusaybah selalu.....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!