Friday, December 30, 2011

hari yang bertambah sarat....

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan."

*************************************************************************************

statement kat atas ni sy copy dari satu blog...
tajuk dia menarik..."KELEBIHAN WANITA ISLAM".

hari ni hari jumaat terakhir utk tahun 2011...takkan ada lagi....
moga akan bertemu lagi dengan jumaat akan datang...

teringat, ni doa arwah tok n mak sepanjang hayat mereka berdua...
zikir-zikir kebaikan akan selalu ditasbihkan dalam hidup...
dari jumaat ini, sehingga jumaat akan datang...kerana,
bimbang...apakah akan bertemu lagi dengan jumaat seterusnya...

dan akhirnya tok pergi menghadap Ilahi pada subuh khamis....
2 tahun kemudiannya, mak jugak menyusul...pada petang isnin...
tanpa sempat lagi bertemu dengan jumaat seterusnya...

kita???
apa yang kita renungkan pada setiap hari...
sejak-sejak ada nyawa lain yang di bawa kemana-mana ini...
hati selalu tersentuh, air mata cepat menitik...
bila melihat sesuatu, dengar sesuatu...
akal cepat bertindak...
menilai apakah ada kebaikan untuk anak dalam kandungan ni...

justeru, kalo ada rakan-rakan yang terasa,
saya ingin sekali memohon kemaafan...
bila cerewet memilih kedai makan...
bila tidak tunaikan permintaan untuk pasangkan radio dalam kenderaan....
bila jarang nak join korang masa lagu-lagu dengan muzik yang macam2 didendangkan....
bila selalu diam dari bercakap...
dan macam-macam lagi....

saya memilih makan, kerana apa yang saya makan akan di makan oleh bayi juga...
saya x suka pasang radio, kerana x mahu bayi dengar celoteh DJ yang mengarut2...atau lagu yang tidak syar'i...
malas nak dgr muzik, sbb x nak momentum muzik tu jadi ikutan pada bayi...
kadang2 malas cakap, sbb x nak bayi terikut2 cakap yang bukan2...lidah x bertulang...

terima kasih, kalo korang faham keadaan saya...
ada ketika, saya menghargai minat korang sume...hormati apa yang korang nak...
tunaikan segala permintaan dalam kadar yang termampu...
tapi ada kala memang x mampu di elak...
ada kala, saya terpaksa bertegas...

dalam menempuh hari-hari yang bertambah sarat ni...
saya selalu melihat sekeliling dari sisi lain...
bakal menjadi ibu...
saya belum pasti, adakah saya mampu mendidiknya...
memberi kasih sayang, asuhan, dan mencerna fizikal dan fikirannya dengan acuan Islam...
saya sendiri belum pasti, apakah sempat sy melihat dia?
apakah sy masih ada masa dia membesar?
apakah sy punya peluang melihat dia menjadi penegak agama?
semua x pasti...kerana jumaat akan datang pun belum tentu saya masih di sini....

hanya saja, nikmat hamil kurniaan ALLAH ni, memberi rahmat untuk sy...
pengampunan dosa...kerana membawa satu nyawa...
terima kasih YA ALLAH...
moga ini mendapat pandanganMu...
moga harapan2 ini termasuk dalam pertimbanganMu....

dalam bahagia mengira hari,
doa-doa terbaik selalu diiring utknya...
namun, air mata x mampu diempang...
dalam diri merasa bahagia....menangis bahagia...
di ruang lain, ada teman yang sedang berduka...menangis duka...
sedang saya berada jauh darinya...
hanya doa, moga dia tabah, sabar n sgala kekuatan ALLAH limpahkan padanya...
sangat kagum...!!!...

moga hari yang bertambah sarat ni sentiasa dalam ampunan ALLAH untukku...

terima kasih untuk ayah dan baby... ;)


No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!