Monday, February 14, 2011

hadiah untuk mama

11 Februari 2011

Kaki melangkah sendiri, walau tahu, jalan ini pasti berseorangan, tanpa dia yang kuharap sebagai teman. Kami pernah sama-sama gembira dan penuh semangat sepenuh hati mengingati mama. Selalu saja topik perbincangan dalam telefon berkait hal mama. Apa cerita dia, sihatkah? Selalu saja doa mengiringi setelah itu, untuk kesihatan mama.

Tapi, itu dulu. Aku selalu kuat kerana merasa dia sentiasa bersama. Sekarang, kaki ini perlu melangkah sendiri, kuatkan hati. Yang penting, moga dengan ini, membahagiakan mama. Mama, bukan tak mahu pulang, bukan juga mama hilang dari ingatan kami. Tapi kelemahan kami yang sering bertembung alasan, menyebabkan mama sepi sendirian. Maafkan kami...

Moga kepulangan ini hadiah untuk mama. Meraikan hari gembira mama menyambut anak menantu...dan, setingginya ucapan terima kasih dari diri yang hina ini, kerana mama sudi menerima aku sebagai anakmu.

Perjalanan pergi dan pulang ke sana, membuat anakmu ini sarat berfikir. Moga ia mencerahkan hari-hari akan datang, dalam kesempurnaan bulan tersenyum mengambang...

Salam untuk Mama Salmiah... ;)


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!