Tuesday, March 9, 2010

integriti...JUJUR TANPA BAHASA

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

namun erti integriti yang difahami sebilangan manusia adalah kejujuran dan amanah dengan penuh tegas. sesekali dalam kadar terlepas pandang, manusia sebenarnya telah mengenepikan perikemanusiaan dalam melaksanakan integriti.

adakah sebenar-benar perkara dijadikan alasan..?tanpa ada kata maaf di luahkan, dengan muka yang marah, kata-kata kesat diluahkan sehingga orang lain sangat merasa pedihnya. apa makna integriti sebenarnya..?benarkah hanya kejujuran yang ditekankan? atau pelaksanaan disiplin buatan manusia..?atau kejujuran dan ketulusan ; kesempurnaan dan keutuhan itu dilaksanakan dengan hati yang benar-benar tulus dan ikhlas tanpa ada sengketa yang timbul...

apa sebenarnya nilai integriti yang dicari? bekerja ketika bos melihat, benar kata seorang teman, bahawa iman manusia hari ini telah berubah. bukan lagi imannya kepada ALLAH, tetapi IMAN KEPADA CCTV....

renung2kan..jangan sampai teknologi mengubah aqidah yang dibawa NABI MUHAMMAD SAW tercinta....apakah dulu ada CCTV ketika Nabi mendidik umat jahiliyah kepada kebenaran...?apakah dulu ada CCTV yang mengawal kejujuran peniaga di pasar dagang? apakah dulu ada CCTV yang merakamkan bukti kecintaan mereka kepada TUHAN?

mereka hanya berpegang kepada ALLAH YANG MAHA MELIHAT...dan Rasul ALLAH yang mereka cintai segenap ruang hati....CCTV ALLAH lebih jelas penglihatannya...dan merakamkan integritikah kita...

No comments:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!