Thursday, October 20, 2011

Indah Tak Mesti Cantik


Hari-hari sibuk sudah pun bermula. Ketegangan mula terasa. Di saat duit sudah banyak keluar, di saat masa semakin cepat berlalu, dan pada saat diri dah mula terasa semakin berat...

Tapi, semua ini memerlukan pengorbanan. Letih, penat, rasa lapar yang selalu menghinggap, seiring perkembangan bayi di dalam perut...dan macam-macam...Saya lalui ini dengan harapan, sesuatu yang lebih baik akan berlaku di kemudian hari. Biarlah letih ini sekarang. Biarlah rasa lapar ini selalu bertandang, asalkan bukan hanya makanan yang disaji membuatkan bayi sihat..bahkan doa dan ayat-ayat ALLAH yang akan lebih membuatkannya kekar dan nanti berkembang mekar menjadi bunga agama ALLAH ini...

Namun, dalam semua ini sedang dirasakan, ada beberapa moment indah yang pasti takkan dapat saya lupakan. Menghuni di rumah baru, bersama beberapa teman-teman baru yang bertambah...ia membuatkan hari-hari yang tegang ini menjadi reda dengan suasana yang menceriakan.

Dalam rumah baru, semua benda bagaikan baru, dan nampak selalu indah. Ia selalu membuatkan saya ingin senyum sendiri. Bila teringatkan ada kawan yang terlalu menjaga penampilan sehingga membuat orang lain merasa sedikit jengkel dan susah. Mengambil masa terlalu lama untuk mandi, meng'iron' baju, dan bersolek....memakai krim muka siang dan malam....sehingga ada seorang teman yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur sinis, tapi lucu....

"Aku pakai bedak johnson's serbuk je pun, boleh sengih dan senyum sampai petang....tak ada masalah pun...," menyembur gelak kami ketika dengar kata-kata ni. Tak pernah tersangka kata-kata ni akan terkeluar dari sorang kawan ni, pada saya, dia punya wajah yang agak cantik, tapi berpenampilan sederhana. Cukup sekadar sedap mata memandang...justeru, yang indah tak semestinya cantik. Apa yang perlu adalah penampilan yang menyedapkan mata memandang. Malah lebih penting adalah, keyakinan diri. Yakin diri bukan mesti pada penampilan luaran. Inner beauty lebih utama...

Ada yang terlalu 'caring' sehingga saya selalu merasa dia bagaikan ibu dalam rumah kami... ;) Macam-macam ragam ini menyerikan hidup saya di sini. Walau saban hari, rindu bertandang kepada orang yang di sayang....

Banyak lagi moment indah yang ingin di kongsikan di sini...insyaAllah, lain kali akan diceritakan lagi....dek kerana banyak lagi perkara lain menuntut untuk di fikirkan, terpaksalah cerita ini dihentikan di sini. See you next time!!!... ;)

Wednesday, October 19, 2011

Ketika Mencari Calon : Sebuah Perkongsian....

Salam Alayk....dah lama x mencoret sesuatu...hurm...hari ni nak share dgn sahabat2 smua...satu nota menarik yang saya jumpa dalam Yahoo Update... setelah bertukar status....nota ini untuk saya dan anda semua.....! ;) sila lah baca....

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan
meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!