Sunday, September 25, 2011

Lelah Sang Pejuang

Jumaat, 23 September 2011, saya menerima sms dari sorang sahabat, Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS, baru sahaja dikeluarkan dari ICU, Hospital Penang. Terkedu, tak ada sebarang ayat yang mampu terkeluar dari mulut. Tak ada sebarang ayat yang mampu di taip untuk membalas sms tersebut. Saya mengambil waktu yang sangat lama untuk bertanya kembali sebab-sebabnya.


Ketika itu, hanya hati berdetik mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk nya. Dia bagaikan ayah buat saya. Saya belajar terlalu banyak darinya. Langkah yang perlahan itu, penuh semangat, walau dari jauh saya lihat dia penuh kelelahan. Tiada istilah rehat baginya dalam menggerakkan kerja-kerja membela ummat ini.


Saya ingin gerak bersama, perlahan dan laju bersama...tapi akhirnya saya akui langkahnya terlalu laju meninggalkan saya yang sudah mula kelelahan, berhenti seketika mengambil udara untuk meneruskan langkah kembali. Namun, dia, melangkah terus tanpa pernah berhenti.

Dan, akhirnya, dia jatuh pengsan ketika Majlis Kutipan Derma untuk GAZA, dalam satu konsert untuk Palestin di Pulau Pinang. Hanya dek kerana terlalu kepenatan, bergerak yang tak pernah ada rehatnya, bercampur kepala yang terus sarat berfikir persoalan ummat yang tertindas, dan juga makanan yang tidak teratur, di katil hospital itu, Sang Pejuang di 'paksa' rehat seketika.

Kelelahan itu, baginya hanya akan terubat jika dapat meneruskan kerja-kerja ummat. 'Paksaan' katil hospital hanya membuatkan dia lebih 'bekerja' dari sebelumnya....

Memetik kata-katanya..."syok, sahabat-sahabat Nabi dulu, kalau rebah tak payah masuk wad....saya ni sakit sikit, kena masuk wad....makin sakit ada laaa..."

Lelah Sang Pejuang tidak di medan perang, di mana nyawa menjadi taruhan....tapi di atas katil empuk dan lembut yang membuatkannya tidak lena tidur.....

Saya dan anda smua wajib mendoakan agar para pejuang yang sudah lambat gerakannya, tapi masih segar menghunus senjata.....sentiasa di lindungi ALLAH...kerana ummat masih memerlukan mereka....segera kita datangi mereka, menjadikan diri mata rantai penyambung perjuangan ummat....


HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!