Thursday, February 24, 2011

nota hari ini..

salam semua...lama dah x mencatat di ruang ni...saya agak kesibukan kebelakangan ni..asigment yang semakin menambun...kerja2 persatuan...mengurus adik serumah yang ditimpa musibah baru-baru ni...permintaan membuat lirik utk festival nasyid..dan macam2...

rindu dengan halaman ni...walaupun saya tak tau siapa yang membacanya selain saya..apa yang penting..hati saya bersama-sama tiap bait kalimah ini...ketika melarikan huruf-huruf ini disini...dan juga ketika saya dan anda semua membacanya...

sesungguhnya catatan di ruang ini seringkali membuat air mata saya mengalir tanpa mampu dapat dihentikan...ketika mengimbas kembali segala yang telah lepas..untuk saya bangkit kembali..menerajui dunia saya..sungguh, halaman ini memberi semangat yang bukan sedikit buat saya...moga ia juga memberi manfaat kepada anda..

walaupun ini bukan catatan ilmiah yang mampu memberi pengetahuan baru..moga-moga catatan ini membuat saya dan anda selalu berfikir ...

malam ni..saya baru balik dari program wacana revolusi asia barat di dkp3, USIM...sungguh..saya x pernah merasa tidak terpanggil apabila melihat buku, untuk mengetahui sejarah..dan keadaan semasa...segalanya bagaikan magnet..membuatkan saya mampu meninggalkan perkara lain..semata-mata untuk mendengar, membaca, melihat dan merasa keadaan itu...dan perjuangan, pengorbanan para Syuhada' terus menumbuhkan sesuatu yang membuat saya semakin bersemangat untuk menggapainya..

malam ini, ketika penceramah, Ust Ridhwan bercerita ttg seorang anak kecil berusia 7 tahun, ketika di tanya seorang wartawan, apakah yang ingin dikatakannya saat dia kehilangan sebelah tangannya dalam satu serangan oleh Israel laknatullah alaihim....anak kecil itu berkata, "TANGAN KU SUDAH BERADA DI SYURGA, SEDANG AKU MASIH DI SINI, AKU AKAN MENYUSUL TUBUHKU KE SYURGA", saya tidak rasa malu untuk menangis pd saat mendengarkannya...kerana sy lbh malu krn pada saat ini, saya belum berbuat apa pun untuk agama ALLAH ini... :(

revolusi dunia arab yang menggegarkan dunia, amat terkesan pada diri saya. saya dibesarkan dengan nama-nama besar pejuang Islam. arwah mak menyemai jihad pada diri saya dan adik beradik sejak dalam kandungan. langkah bersamanya ke halaqah-halaqah...bahkan semangat mak diwariskan pada kami melalui kata-katanya, cara, bacaan, dan segalanya. sekeliling saya adalah perjuangan.

dan thaurah ini bagaikan magnet yang bukan sahaja menarik saya ke medan itu...tapi mengenangkan arwah mak, semangatnya bercerita kepada kami, ttg kekejaman Hosni Mubarak, layanan kerajaan Mesir kepada orang luar yang mirip kepada gerakan, dan keadaan penjara Qanatir, tempat mak dan sahabat-sahabatnya sempat berada.

kerana itu, saya serasa ingin melompat girang bersama mereka. ingin merasakan berada di tengah-tengah mereka. saya pasti, pada saat mak bercerita dengan semangatnya kepada kami dulu, cerita yang sering diulang berkali-kali, dan kami pun x pernah merasa lelah mendengarnya...pada saat itu, pasti mak mengimpikan untuk melihat keadaan hari ini.

sering arwah menyebut, apa yang ingin dilihatnya hanya satu, kegemilangan Islam bangkit semula! ....mak, apa yang mak ingin lihat itu, bukan hanya kegemilangan Islam yang bangkit semula, tapi jauh-jauh kami memahami, bahawa mak ingin anak-anak mak berada di dalam sejarah kebangkitan itu. kami akan di sana...membawa bersama cita-citamu...!

RINDU MAK....

SEPERTI MANA MAK MERINDUI MESIR, KENANGAN YANG TAK PERNAH LUPUT DARI INGATAN MAK, SELAMANYA...!






...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

Monday, February 14, 2011

hadiah untuk mama

11 Februari 2011

Kaki melangkah sendiri, walau tahu, jalan ini pasti berseorangan, tanpa dia yang kuharap sebagai teman. Kami pernah sama-sama gembira dan penuh semangat sepenuh hati mengingati mama. Selalu saja topik perbincangan dalam telefon berkait hal mama. Apa cerita dia, sihatkah? Selalu saja doa mengiringi setelah itu, untuk kesihatan mama.

Tapi, itu dulu. Aku selalu kuat kerana merasa dia sentiasa bersama. Sekarang, kaki ini perlu melangkah sendiri, kuatkan hati. Yang penting, moga dengan ini, membahagiakan mama. Mama, bukan tak mahu pulang, bukan juga mama hilang dari ingatan kami. Tapi kelemahan kami yang sering bertembung alasan, menyebabkan mama sepi sendirian. Maafkan kami...

Moga kepulangan ini hadiah untuk mama. Meraikan hari gembira mama menyambut anak menantu...dan, setingginya ucapan terima kasih dari diri yang hina ini, kerana mama sudi menerima aku sebagai anakmu.

Perjalanan pergi dan pulang ke sana, membuat anakmu ini sarat berfikir. Moga ia mencerahkan hari-hari akan datang, dalam kesempurnaan bulan tersenyum mengambang...

Salam untuk Mama Salmiah... ;)


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!