Friday, July 23, 2010

Tragedi Bulan Terang




Akhirnya, asrama dan sekolah kami di tutup sementara siasatan dijalankan. Aku pulang ke pangkuan keluarga. Gembira rasanya hati, bila pulang dapat melihat wajah bonda tercinta. Setahun lalu, emak mengambil keputusan yang sudah lama dia impikan. Peluang menyambung pengajian ke Mesir tidak dilepaskan demi menimba ilmu dan pengalaman di bumi Anbiya’. Emak meninggalkan kami adik beradik di bawah jagaan Mak Long. Ramai tersentuh hati, tatkala adik yang paling kecil ketika itu, baru saja berusia setengah tahun, dititipkan kepada Mak Long kerana keadaan tidak mengizinkan dia di bawa bersama. Emak memang tidak tega hatinya. Tetapi, kami merelakan pemergiannya kerana kami memahami bahawa dia memang berhak menunaikan impiannya itu.



Bermakna, setahun juga lah kami berpisah. Emak tak pernah lupa mengirimkan kami titipan setiap 2 bulan. Ada gambar, dan oleh-oleh dari Mesir. Emak pulang dengan penuh dan sarat dengan cerita, pengalaman dan berbagai lagi yang dikongsikan bersama. Emak memang berbakat. Dia boleh menyampaikan sesuatu persis dari sumbernya. Tak pernah tercicir satu pun. Dengan penuh emosi, mukanya sahaja sudah bercerita tentang apa yang dilaluinya. Kisah tentang kali pertama dia menjejak kaki di sana. Kisah tentang kelas bahasanya. Tak kurang juga, pengalaman mahal terindah dalam hidupnya, menginap di Pusat Tahanan Qanatir, penjara bawah tanah Mesir!

Hidup memang suatu kejutan. Tanpa disangka, kehidupan yang selama ini aman, mula diganggu oleh anasir lain. Kehidupan bagaikan pelarian di tempat sendiri memang tidak indah. Terpaksa bersiap sedia setiap masa. Tapi, kata ayah, itu bagus. Bayangkan jika ini saatnya kita mati. Persediaan wajib ada pada bila-bila masa pun. Kerana mati tak memberitahu saat datangnya.

Selama hampir dua bulan. Hidup menjadi tak terarah. Tapi, setelah aman kembali menjelma, sekali lagi badai melanda. …

BERSAMBUNG… ;)


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

Wednesday, July 14, 2010

Tragedi Bulan Terang

"Bangun, bangun! Dik, bangun.." aku mencelikkan mata dari balik selimut. Hampir-hampir saja aku menjerit kerana ada suluhan lampu tepat ke arah mataku.

"Ada apa?", soalku lagi. Aku lihat sekeliling. Teman-teman ramai yang sudah bangun, segera bersiap memakai jubah dan tudung. Tidak lagi mampu memilih, jubah dan tudung itu milik siapa. Yang ada di fikiran hanyalah ingin segera menutup kepala dari ternampak dek lelaki-lelaki asing ini.

Malam itu, asrama kami di serbu oleh Jabatan Agama. Menurut apa yang ku dengar dalam keadaan hingar bingar itu, ada sesuatu yang meragukan di sini. Kami semua di arahkan keluar dari asrama. Beratur di hadapan asrama. Selepas beberapa jam, ketika waktu menghampiri subuh, keseluruhan kami di bawa menaiki 5 buah trak black maria ke sebuah bangunan pejabat. Aku masih ingat, ketika ini berlaku, aku baru saja menginjak usia 10 tahun.

Di pejabat itu, kami di senarai nama oleh beberapa pegawai. Seorang mak cik menghampiriku, dia berbisik, kalau nanti ada orang meminta nama kamu, jangan beritahu nama sebenar ayah kamu ya? Pesan mak cik tersebut bersungguh-sungguh. Aku tanpa mengerti apa pun, taat mengangguk.

Kami berada di bangunan pejabat itu selama beberapa jam. Pagi menghampiri jam 11, sekali lagi kami di arahkan beratur untuk menaiki black maria tadi. Apabila kami keluar saja dari pintu bangunan itu, flash kamera tak berhenti-henti mengambil gambar kami. Aku makin hairan. Kata kawanku, kita sedang di landa ujian. Dia kembali tersenyum sesudah itu. Aku turut senyum bersama.

BERSAMBUNG......;)

...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...


Moga hati ini berada dalam ketetapan iman
Merasa kasih dan rindu hanya untuk Nya
Agar hati ini tidak lalai dari merasa
Kasih dan rindu selainNya..
Agar hati ini terpandu dengan cahaya
Sentiasa dibimbing ke jalanNya

Ya Allah,
Semaikan lah apa yang ada di hatiku
Untuk terus merasa kasih dan rindu padaMu
Bajailah ia dengan nur kasihMu
Agar ia mekar, wangi hingga ke taman indah akhiratMu..

Amiin..

Sweet Memory ;) 10 Julai 2010
...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

Tuesday, July 13, 2010

buah tangan mas herry nurdi



baru beli dan cuba untuk menghadamkannya... ;) moga sensitiviti dan tindakan seiring sejalan....

Friday, July 9, 2010

dari hati paling dalam

saya sentiasa rindukan tempat ni..dan saya akan terus rindukannya di sepanjang hayat saya..sejauh mana pun kaki melangkah...seluas mana pun indahnya alam..tempat ini sangat bererti buat saya..

di sini saya belajar bangun dari segalanya. di sini saya membesarkan cita-cita, membesarkan impian adik-adik..memperlihatkan jalan untuk mereka..demi mak yang tercinta..pinta saya hanya satu..saya ingin lihat dia senyum penuh bangga..saya ingin lihat hati bahagianya dari raut wajahnya..saya ingin dia selalu bahagia..

sejak dulu, teman-teman, dan ramai lagi orang yang bertanya, untuk apa terus belajar..?tentu jawapan dan soalan sebelumnya adalah : buat apa sekarang? saya jawab, dalam proses sambung belajar..

sehingga telinga saya dan mak sempat panas pada suatu ketika..saat diperli oleh seorang saudara mara yang mana pinangan anaknya untuk saya telah saya tolak..atas alasan akan menyambung pelajaran..sedangkan pada ketika itu saya masih ke sana-sini, sibuk dengan kerja. dari dulu cakap nak sambung belajar, tapi tak sambung ke mana-mana pun!..aduh! pedih sekali ayat tersebut..tapi mak masih dengan senyumnya..dengan jawapan yang meredakan marah saudara tersebut..sedangkan saya tahu, hati mak pedih dengan kata-kata itu.

orang hanya melihat dari luar. mereka tidak pernah tahu dan ambil tahu apa yang kami lalui..saya mengambil masa terlalu lama untuk kembali menyambung pelajaran, demi memberi laluan kepada adik-adik. walaupun ada yang mengatakan ini adalah tindakan bodoh, tapi saya percaya, bodoh saya bukan sembarangan untuk membinasakan diri sendiri. saya mengorbankan masa dan tenaga dengan penuh rasa percaya pada adik-adik..bahawa mereka takkan pernah mensia-siakan peluang yang ada.ada lagi pertanyaan berbau sinis, untuk apa belajar hingga usia terus bertambah, untuk apa mendahulukan adik-adik, untuk apa terus belajar, sedangkan hasilnya tak pernah nampak, semua ini dek kerana perjalanan ini terlalu lambat prosesnya, perubahan juga tidak nampak drastik...

persoalan sinis ini saya jawab dengan penuh yakin, samada berdetik di hati atau terlafaz di lidah, bahawa belajar adalah proses seumur hidup. dan saya takkan pernah merasa terlambat untuk belajar selagi diri mampu bernafas dengan udara ALLAH. biar pun perjalanan dan perubahan ini terlalu perlahan, saya yakin, hasilnya ALLAH pasti memberi yang terbaik untuk tiap kehidupan ini. ..untuk apa lagi terus belajar? saya belajar bukan untuk sesiapa..selain matlamat untuk terus meningkatkan kualiti diri, saya ingin terus belajar untuk memberi semangat pada adik-adik.

biar sesusah apa sekalipun jalannya, saya mahu adik-adik saya terus belajar demi ilmu. saya mahu mereka faham hanya ilmu harta berharga yang tak ternilai. tak mampu dijual beli. saya dikatakan memanjakan adik-adik sepanjang usia mereka membesar, apa lagi yang mampu saya lakukan.? saya mahu adik-adik saya fokus pada pelajaran. saya takkan biarkan mereka melalui apa yang telah saya lalui..itu tekad saya..

alhamdulillah, syukur setinggi syukur, saya dikurniakan keluarga yang baik, ibu yang baik dan adik-adik yang baik..mereka tahu bahawa hidup penuh liku ini perlu di perbaiki, mereka tahu bahawa gunung harapan ibu wajib didaki..dan mereka tahu bahawa segala kesusahan yang ini harus dipermudahkan..dan mereka memang tahu bahawa saya memberi mereka semangat melalui apa yang saya buat..

ya! mereka memang sangat membahagiakan..saya tak pernah merasa menyesal punya adik yang ramai, saya tak pernah rasa menyesal atas lelah yang saya curahkan..kerana ibu lebih lelah dalam membesarkan kami semua..

hari ini, saya berdiri di belakang mereka dengan senyum berganda...membawa bersama senyum ibu tercinta...walau pun belum benar-benar berjaya, tapi saya membawa nama mulia ibu tercinta sentiasa, ke mana-mana...saya ingin adik-adik sentiasa merasa dia sentiasa ada bersama, dan dia pasti kini sedang tersenyum kerana adik-adik ini punya teguh keyakinan, jati diri dan pegangan yang bukan alang-alang...

bahawa hanya ALLAH dan RASULNYA ada bersama, walau dimana-mana..

semoga mereka terus berbakti pada agama, nusa dan bangsa...menjadi
- akauntan yang bertaqwa
- doktor perubatan yang bertaqwa
- pakar geologi yang bertaqwa
- ahli agama yang bertaqwa
- dan si kembar yang yang sedang membentuk arahnya...moga menjadi mujahidah solehah yang bertaqwa...

dari hati paling dalam, saya membina asas dan laluan untuk mereka, seperti mana insan-insan lain yang telah berjasa dalam hidup saya dalam membina laluan ini untuk saya...

dan saya menghadiahkan mereka kepada masyarakat, agar mereka membesar dengan penuh rasa hormat sesama manusia, membesar dengan penuh rasa cinta pada agama, dan membesar menjadi orang yang kita semua impikan untuk pembangunan ummah...

tegurlah saya dan mereka saat ada tersalah kata, khilaf bicara
bangunkan saya dan mereka saat ada antara kami yang terlena
dan solatkan lah saya dan mereka saat ada antara kami yang gugur di medan juangNya..
moga kita semua akan terus memegang tali ukhuwwan ini berpanjangan, selamanya, hingga ke syurga...


(...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...)

Thursday, July 8, 2010

hidup sebuah pelajaran

;) dari sebelum julai bermula..hati berbunga nak balik kampung,..nak ziarah kubur...nak duduk lama-lama kat rumah..nak masak utk adik..macam2 nak...seminggu yang ada pada mulanya rasa sangat lama..tapi..di awal2 minggu lagi..dah macam2 cerita yang berlaku kat kampung..

baru sekarang saya mengerti..kenapa arwah mak sangat sayangkan rumah ni...dia takkan tinggalkan rumah lama-lama..macam-macam alasan dia..ayam la..itik la..kucing la..tapi sekarang saya tahu..hati mak sangat bahagia di sini...

kini saya merasakan bahagia itu. lagak adik-adik yang macam2 ragam..setiap hari ada saja cerita antara kami. saya melihat garis-garis tawa itu. dan saya ketawa bersama mereka. memang rumah kecil ini sunyi tanpa mak. tapi, segala yang ada disini, mengingatkan kami pada dia...yang menyemai cinta dan kasihnya di rumah ini. dia menyatukan hati-hati kami dengan nama Rabb Yang Esa..dengan tiap bebelan yang tak terkira..

hari-hari cuti saya penuh dengan aktiviti. awal-awak lagi, sibuk dengan adik yang kemalangan, dimasukkan ke hospital, kemudian, hari yang lain, seharian saya di Penang, menemani adik yang lain untuk temujanji doktor. hari seterusnya adalah hari-hari yang menambah pengetahuan saya dalam hal yang lainnya. mengurus soal kemalangan dengan pihak-pihak lain, melantik peguam dan sebagainya.

hidup memang sebuah pelajaran bermakna. dalam musibah kemalangan yang menimpa, saya tidak tahu mengapa, bahagia itu tetap ada. hanya saya yang merasa risau tentang si adik yang kemalangan. sedangkan dia sebagai mangsanya, ceria dengan ketawa. merasa cepat bosan di hospital dan ingin cepat pulang untuk memulakan aktivitinya lagi. tak pernah serik!

hidup memberi musibah, agar manusia merasa betapa bertuah...

supaya hidup lebih dihargai. walau pun sukar untuk memberi faham kepada adik-adik..mengapa saya disini bersusah-susah ...saya pasti..satu hari nanti...dia akan merelakan diri bersusah-susah untuk orang lain pula...

ertinya, bersusah-susah ini tidak perlu dibalas..tetapi perlu dipanjangkan untuk memudahkan orang lain...moga ALLAH memudahkan urusan kita...

kan benar?hidup sebuah pelajaran..akan ada pelajaran hari esok yang lebih baru untuk saya pelajari...kerana bunga sudah melayangkan baunya di malam ini.. moga mudah semua nya...salam untuk hati-hati yang bahagia... ;)


...dari hati yang mengingati...bahawa hanya DIA untukku...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK SAUDARA KITA DI FATHONI DARUSSALAM

Create your own banner at mybannermaker.com!